NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sungai Golok lepasi paras amaran, dua PPS telah dibuka

Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) melakukan pemantauan di kawasan berpotensi banjir serta memantau paras air Sungai Golok di Rantau Panjang.

KOTA BHARU - Hujan sejak beberapa hari lalu menyaksikan seramai 42 mangsa di daerah ini ditempatkan di dua buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) setakat Jumaat.

Daripada jumlah tersebut seramai 12 mangsa ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Kelewek, Tanah Merah pada Jumaat dan (30) PPS SK Gual Tok Deh, Rantau Panjang sejak Ahad lalu.

Setakat jam 12 tengah hari Jumaat, paras air Sungai Golok sudah melepasi paras amaran iaitu 8.60 meter.

Sekretariat Pengurusan Bencana Jajahan Pasir Mas, Kapten Mohd Arif Mohd Zain berkata, terdapat tiga kawasan yang dinaiki air di sepanjang Sungai Golok iaitu iaitu Kampung Tersang, jalan Kampung Tersang dan Kampung Bendang Parol.

"Pihak kami sentiasa melakukan pemantauan di kawasan berpotensi banjir serta memantau paras air Sungai Golok.

"Orang ramai yang tinggal di kawasan rendah dan berisiko dinasihatkan agar sentiasa bersedia untuk bertindak jika air mulai melimpah," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Media tempatan melaporkan Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) mengeluarkan notis kesiapsiagaan yang meramalkan risiko banjir di kawasan berhampiran lembangan sungai di tiga negeri, mulai Jumaat.

Lembangan terbabit adalah di Sungai Besut dan Sungai Setiu di Terengganu; Sungai Golok di Kelantan dan Sungai Endau di Pahang.

Sumber | SH

............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo