NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRU15: 1,994 permit ceramah, 25 kertas siasatan dibuka, seorang lelaki ditahan

KUALA LUMPUR - Sebanyak 25 kertas siasatan berhubung kesalahan semasa berkempen untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dibuka dan seorang lelaki ditahan pada Khamis.

Pengarah Operasi PRU15 Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Seri Hazani Ghazali berkata, empat kertas siasatan dibuka di Kedah dan Selangor, tiga di Pulau Pinang dan Sarawak, dua di Perak, Negeri Sembilan, Terengganu dan Johor, manakala satu di Kuala Lumpur, Melaka dan Kelantan.

"Seorang lelaki telah ditahan kerana disyaki mencetuskan kekecohan di bilik mesyuarat pusat daerah mengundi (PDM) cawangan UMNO Bachang Baru, Batu Berendam Melaka, pada jam 11 malam," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Hazani berkata, sebelum kejadian itu, pengadu bersama ahli UMNO yang lain sedang bermesyuarat berkaitan pergerakan PRU15 dalam keadaan baik.

"Suspek telah datang ke bilik mesyuarat itu dalam keadaan marah, lalu membuat kecoh serta menterbalikkan meja, kerusi serta mengoyakkan kain bunting.

"Suspek juga menolak pengadu ke arah dinding dan mengancam untuk memukulnya, kes disiasat mengikut Seksyen 427 dan 506 Kanun Keseksaan," ujarnya.

Hazani berkata, statistik harian PRU15 bertarikh 10 November juga menunjukkan pengeluaran 1,994 permit ceramah di 14 kontinjen.

Kontinjen paling banyak permit ialah Sabah dengan 400 disusuli Perak (300) dan Sarawak (226).

"Sebanyak 46 ceramah tanpa permit pula direkodkan secara keseluruhan, pertama di Kuala Lumpur (24), disusuli Johor (sembilan) dan Perlis (enam)," katanya.

Sumber | SH


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo