NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

COVID-19 : 3,436 kes baharu, 8 kematian

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 3,436 kes baharu Covid-19 dengan lapan kematian pada Khamis.

Menurut data di portal KKMNOW, kes terbaharu yang dicatatkan itu membabitkan 3,433 penularan tempatan dan tiga kes import.

Ia menjadikan kumulatif kes tempatan meningkat kepada 4,902,057 sementara kumulatif penularan import sebanyak 38,399 kes.

Lapan kes kematian yang dilaporkan pada Khamis menjadikan keseluruhan kes kematian akibat Covid-19 kini 36,522 kes.

Kes aktif baharu yang dikesan pula sebanyak 864 menjadikan keseluruhan kes aktif ketika ini 33,965 kes.

Daripada jumlah itu, 32,107 atau 94.5 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah dan 1,766 pesakit dimasukkan ke hospital dengan 92 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Sebanyak 4,292 kes sembuh turut dilaporkan yang menjadikan jumlah sembuh setakat ini 4,869,969 sejak pandemik melanda negara lebih dua tahun lalu.


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo