NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

SPRM patut siasat isu besar lain, kata Rafizi. Belum siasat lagi Rafizi dah melatah

PETALING JAYA: Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli menyifatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hanya membuang masa jika mahu menyiasatnya berhubung perisytiharan harta bernilai kira-kira RM18.85 juta.

Rafizi berkata, tidak munasabah untuk mengaitkan beliau dengan tuduhan rasuah sedangkan pendapatan syarikat Invoke Sdn. Bhd. (Invoke) yang diasaskannya tidak melibatkan unsur-unsur lain seperti kelulusan kontrak kerajaan dan sebagainya.

“RM18 juta itu hanya atas kertas, duit saya dalam bank cuma ada RM63,000. Macam mana saya nak disiasat rasuah sebab saya tiada kena mengena dengan orang… itu syarikat dan saham saya tanpa ada isu tentang kontrak kerajaan.

“Daripada SPRM habiskan masa siasat saya lebih baik tumpu pada isu-isu besar negara seperti kelulusan kontrak selepas Parlimen bubar,” katanya dalam sidang akhbar mingguan di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.

Semalam, Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara Malaysia (PJPNM) membuat laporan kepada SPRM bagi menggesa siasatan dilakukan terhadap Rafizi berhubung pengisytiharan harta miliknya.

Presidennya, Syed Mohammad Imran Syed Abdul Aziz berkata, langkah itu penting untuk menentukan sama ada dana berkenaan diperoleh menerusi penggubahan wang haram atau sumber tidak sah.

Bagaimanapun sumber SPRM memberitahu, kajian dan penelitian akan dilakukan terlebih dahulu bagi memastikan aduan berkenaan mempunyai asas sebelum tindakan selanjutnya diambil.- UTUSAN

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo