NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Shahidan, Ismail belum sertai PAS - Takiyuddin


Dua bekas wakil rakyat BN yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) bagi kouta PAS belum lagi menyertai parti Islam itu.

Perkara itu didedahkan Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan yang berkata, mereka adalah calon PN bagi kerusi Parlimen Arau di Perlis dan Maran di Pahang.

"Kita mengeluarkan watikah membenarkan mereka menggunakan logo PN atas kouta PAS.

"Mereka ini setakat ini belum menjadi ahli PAS lagi. Tapi dalam perlembagaan undang-undang pilihan raya ia tidak semestinya menjadi ahli parti itu," katanya dalam sidang media di Kota Bharu, hari ini.

Shahidan Kassim

Dua penyandang kerusi Parlimen Arau dan Maran itu adalah bekas wakil rakyat Umno / BN yang bertanding mewakili PN atas kouta kerusi PAS.

Shahidan Kassim adalah penyandang kerusi Parlimen Arau, manakala Ismail Abd Mutalib pula merupakan penyandang kerusi Parlimen Maran.

Shahidan menjadi wakil rakyat di Parlimen itu selama empat penggal sejak PRU 1986, 1990, 2013 dan 2018.

Pada PRU-14 lalu, Shahidan memenangi kerusi Arau di bawah tiket BN dengan majoriti 4,856 undi.

Ismail Abd Mutalib

Ismail Muttalib pula menjadi ahli Parlimen Maran selama empat penggal bermula 2004 dan berjaya memenangi kerusi Parlimen Maran dengan majoriti 3,763 undi pada PRU-14 lalu.

Sementara itu Takiyuddin berkata tiada perjanjian khsus antara parti itu dengan dua bekas wakil rakyat BN terbabit.

"Kita dalam PAS ini perjanjian kita dengan Allah SWT. Perjanjian kita untuk tidak mengkhianati amanah dan sebagainya," katanya lagi.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo