NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

COVID-19: Kes baru mingguan meningkat hampir 60 peratus

Kuala Lumpur: Jangkitan kes Covid-19 di negara ini menunjukkan peningkatan sebanyak 57.3 peratus apabila 26,616 kes direkodkan pada Minggu Epidemiologi ke-44 (ME 44/2022) iaitu dari 30 Oktober hingga 5 November berbanding 16,917 pada ME sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bilangan kes tempatan Covid-19 pada ME 44 meningkat 57.4 peratus iaitu 26,577 kes berbanding 16,890 kes pada ME 43.

Turut menunjukkan peningkatan adalah bilangan kes import daripada 27 kes kepada 39 kes iaitu kenaikan 44.4 peratus.

"Bilangan kes kematian pada ME 44 meningkat 45 peratus iaitu 20 kes kepada 29 kes," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, purata kes aktif setiap hari bagi ME 44 juga meningkat kepada 33,449 berbanding 28,252 kes iaitu peningkatan 18.4 peratus berbanding ME sebelumnya.

Dr Noor Hisham berkata, secara kumulatif sebanyak 4,923,538 kes baharu Covid-19 dicatatkan dari ME 4/2020 iaitu 25 Jan 2020 hingga ME 44/2022 (5 November 2022), sementara kes sembuh yang direkodkan adalah sebanyak 4,850,491 kes.

Katanya, kumulatif kes kematian yang dicatatkan bagi tempoh sama adalah sebanyak 36,493 kes dan kumulatif kluster ialah 7,104 kluster dengan 21 kluster masih aktif.

Mengenai kemasukan pesakit ke hospital dan Pusat Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) awam bagi setiap 100,000 penduduk, Dr Noor Hisham berkata, secara keseluruhannya meningkat 26.1 peratus.

Beliau berkata, jumlah kemasukan bagi kategori satu dan dua, iaitu masing-masing tidak bergejala dan bergejala, meningkat sebanyak 39.4 peratus.

Selain itu, jumlah kemasukan bagi kategori tiga (mempunyai radang paru-paru), empat (perlu bantuan oksigen) dan lima (perlu bantuan pernafasan) juga meningkat 37.4 peratus.

Berikutan trend peningkatan kes harian Covid-19 serta kemasukan kes ke hospital serta pelaporan kes subvarian Omicron XBB di beberapa negeri, Dr Noor Hisham menasihati orang ramai agar mengamalkan tindakan kesihatan awam kendiri seperti pemakaian pelitup muka dan mendapatkan vaksin Covid-19 atau dos penggalak.

Sumber | HMetro



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo