NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sangka saya dah ‘mati’, tapi rakyat Melaka masih yakini, kata Mas Ermieyati


MASJID TANAH
: Mas Ermieyati Samsudin menyangkakan yang perjalanan politiknya sudah terkubur selepas keluar Umno, lagi-lagi Masjid Tanah dan kawasan sekitar dilihat sebagai kubu kuat parti lama itu.

Malah, bekas penyandang Parlimen Masjid Tanah itu menjangkakan akan kalah teruk di tangan calon Umno apabila diarah bertanding di DUN Tanjung Bidara pada PRN Melaka lepas.

Seperti diramalkan Mas Ermieyati tumpas, namun kekalahannya membuka mata ahli politik wanita itu – Umno terpaksa berpuas hati dengan kelebihan 364 undi, meskipun beliau ‘orang luar’.

Mas Ermieyati yang bertanding sebagai calon Perikatan Nasional meraih 3,195 undi manakala pemenang, Ab Rauf Yusoh, mendapat 3,559 undi. Calon Pakatan Harapan hilang deposit.

“Tanjung Bidara bukan kampung saya. Kampung saya di Ayer Limau. Bila diletak bertanding di sana, saya jangka kalah teruk tapi Umno hanya menang tipis.”

Bagi Mas Ermieyati, kekalahan sebegitu kecil petanda bahawa pengundi Melaka merasakan beliau dan PN masih berguna untuk mereka.

Pada PRU15, bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri ini dicabar calon BN, Muda, dan Pejuang di Parlimen Masjid Tanah.

“Saya tahu bukan mudah untuk saya mengekalkan kerusi ini,” katanya. “Kalau rakyat rasa perlukan lagi khidmat saya sebagai wakil rakyat, mereka bolehlah beri saya peluang di Masjid Tanah.

“Jika mereka rasa saya tidak bagus, tidak lagi layak, dan nak tukar, terpulanglah…namun saya punya komitmen untuk Masjid Tanah.”

Mas Ermieyati berkata PN percaya BN itu tidak akan ‘menang besar’ di sebalik keputusan PRN Melaka.

“Kita belajar daripada kesilapan, yang telah diperbaiki dan ditambah baik. PN bersedia penuh memasuki PRU kali ini,” katanya.

“Kalau kita rasa BN boleh menang besar tidaklah kita nak masuk bertanding.”

PRU lalu, Mas Ermieyati menang Masjid Tanah sebagai calon BN dengan kelebihan 8,000 undi, menewaskan calon Pakatan Harapan dan PAS.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo