NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Monyet tersepit pada roda motosikal


NEW DELHI:
Seekor monyet tersepit pada celah roda depan sebuah motosikal di Badosarai, Uttar Pradesh, India baru-baru ini.

Kejadian bermula apabila monyet itu cuba melintas jalan raya tetapi haiwan tersebut dilaporkan terperangkap di celah roda sebuah motosikal yang sedang bergerak laju.

Namun, penunggang motosikal itu bertindak membrek pada masa yang tepat sehingga menyebabkan haiwan tersebut tidak cedera sama sekali.

Bagaimanapun, ia hanya tersepit pada roda hadapan motosikal itu mengakibatkan beberapa orang membantu untuk menyelamatkan haiwan yang tersepit itu.

Persoalan yang timbul kini ialah bagaimana monyet itu boleh tersepit di celah roda tersebut.

Walau bagaimana pun, seorang lelaki membuka roda hadapan motosikal untuk membolehkan haiwan itu keluar dan menurut sumber, haiwan tersebut kemudian disahkan selamat dalam kejadian tersebut. - Sinar Harian/Agensi



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo