NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRU15: "Saya harap beliau dapat pengajaran...' - Dr Dzulkefly selepas tewaskan Tengku Zafrul

SUBANG JAYA: Pengarah Strategi Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menyifatkan kemenangannya menewaskan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Parlimen Kuala Selangor, sebagai kemenangan manis.

Katanya, kejayaan beliau mempertahankan kerusi itu jelas menunjukkan calon yang mempunyai kekuatan dari segi kewangan juga boleh tewas.

Bekas Menteri Kesihatan itu secara sinis, berkata: "Ia kemenangan yang manis apabila calon yang mempunyai kekuatan dari segi wang ringgit dapat dikalahkan. Saya berharap beliau mendapat pengajarannya".

Tengku Zafrul, bekas Menteri Kewangan yang dipertaruhkan Barisan Nasional (BN) memperoleh 30,031 undi, kekurangan hanya 1,002 undi kepada Dr Dzulkefly yang mendapat 31,033 undi.

- BHarian

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo