NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Proses penamaan calon Parlimen Shah Alam lancar


SHAH LAM –
 Proses penamaan calon bagi kerusi Parlimen Shah Alam berlangsung dengan baik tanpa ada provokasi daripada penyokong empat parti yang mengiringi calon masing-masing.

Walaupun penyokong berada pada jarak 50 hingga 100 meter antara satu sama lain, keadaan adalah terkawal.

Parlimen Shah Alam setakat jam 9.30 pagi ini masih menyaksikan pertembungan empat penjuru antara Isham Jalil dari Barisan Nasional (BN), Dr. Afif Bahardin (PN), Azli Yusof (PH) dan Muhammad Rafique Rashid (GTA/Pejuang).

Cuaca ketika ini mendung.

Proses penamaan calon dikendalikan Pegawai Pengurus SPR Bahagian Shah Alam, Azimah Mohd Zain. – MalaysiaGazette

-- gambar  Calon Pejuang (GTA), Muhammad Rafique Rashid masuk ke Dewan Teratai MBSA Seksyen 19 Shah Alam untuk menyerahkan borang pencalonan oada jam 9.15 pagi



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo