NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Empat penjuru di Ketereh, Annuar Musa redha di'sembelih'


Pertembungan empat penjuru di Parlimen Ketereh membabitkan calon BN, Perikatan Nasional (PN) Pakatan Harapan (PH) dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

BN diwakili Ketua Puteri Umno Ketereh, Marzuani Ardila Ariffin, PN yang bertanding menggunakan logo PAS di Kelantan diwakili Khlir Mohd Nor.

PH pula mempertaruhkan Rahimi L Muhamud, manakala Pejuang diwakili Haneef Ibrahim.

Kerusi Parlimen Ketereh dimenangi BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu yang ditandingi bekas setiausaha agung Umno, Annuar Musa.

Pada PRU-14, Annuar menang dengan majoriti 4,626 undi menewaskan Wan Ismail Wan Jusoh dari PAS dan Radzi Jidin dari Bersatu.

Bagaimanapun nama Annuar digugurkan sebagai calon oleh BN pada PRU-15 kali ini.

Tiada calon lain termasuk calon bebas tampil mengemukakan borang pencalonan.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo