NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Praktik politik matang dan sejahtera, jangan aibkan calon - Ahmad Faizal


IPOH:
Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu meminta semua pihak agar tidak mengaibkan mana-mana calon dengan mengamalkan politik matang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau berkata perkara ini penting dalam memastikan segala proses PRU termasuk sepanjang tempoh berkempen berjalan lancar.

"Saya ingatkan kepada jentera dan penyokong pada hari penamaan calon (hari ini), kita perlu keluar beramai-ramai beri semangat sesama kita serta kerja kuat sewaktu kempen.

"Saya juga yakin penyokong parti lain akan berbuat perkara sama, saya harap sesama kita tidak perlu mengecilkan pihak lain dan menjalani proses demokrasi dengan matang dan tidak perlu gaduh-gaduh," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Ditanya mengenai calon Menteri Besar PN sekiranya diberi mandat mentadbir Perak, Ahmad Faizal berkata gabungan itu tidak mahu mendahului keputusan PRU dan sebelum mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Penyandang kerusi Parlimen Tambun itu dijangka berdepan saingan sengit Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan, selain Ketua UMNO Bahagian Tambun Datuk Aminuddin Md Hanafiah.

SPR menetapkan hari ini sebagai hari penamaan calon dan 19 Nov sebagai hari pengundian bagi PRU15 manakala pengundian awal pada 15 Nov.

-- BERNAMA



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo