NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PN mampu pecah rekod BN di Besut


BESUT:
PERIKATAN NASIONAL (PN) dijangka memecahkan rekod yang dipegang Barisan Nasional (BN) sejak sekian lama apabila menguasai parlimen berkenaan beberapa penggal.

Peluang PERIKATAN NASIONAL lebih cerah memandangkan penyandangnya Dato’ Idris Jusoh menarik diri daripada dicalonkan semula pada Pilihan Raya Umum (PRU) kali ini.

Calon PAS mewakili PERIKATAN NASIONAL Parlimen Besut Dato’ Che Mohamad Zulkifly Jusoh berkata, perubahan iklim politik yang berlaku sekarang memberi peluang kepada parti-parti lain.

Katanya, Parlimen Besut sejak sekian lama dimenangi Umno dan BN dengan mengambil kira ada tokoh yang disegani.

“Namun sekarang sudah dikesan ada angin perubahan apabila pengundi yang ditemui memberi komitmen memihak kepada PN,” katanya ketika ditemui selepas menyantuni peniaga dan orang ramai di Pasar Tani Alor Lintah dekat sini semalam. (Foto atas)

Turut hadir Yang Dipertua PAS Besut Wan Azhar Wan Ahmad. Che Mohamad Zulkifly sebelum ini merupakan bekas Ahli Parlimen BN Setiu, namun sudah lama keluar daripada parti terbabit.

Menurutnya juga kerja kuat semua pihak terutamanya kerjasama erat jentera PAS dianggap begitu luar biasa bagi memenangkan calon PN kali ini.

“Saya mengucapkan berbanyak terima kasih di atas sokongan dan gerak kerja yang padu petugas PAS dan pelbagai pihak,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 12/11/2022



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo