NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Gaji rendah, inflasi pula makin membarah


ISU
gaji rendah masih membelenggu masyarakat kini walaupun walapun secara umumnya aspek penggajian dan upah menunjukkan trend pemulihan pada tahun 2021 berbanding 2020.

Majoriti golongan muda terima gaji dan upah bulanan yang rendah, lebih rendah berbanding gaji kehidupan wajar yang dicadangkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Isu gaji rendah bermula sebaik sahaja seseorang individu itu mula bekerja sejurus tamat pengajian.

Menurut Laporan Kajian Pengesanan Graduan 2020, 53.6% atau 1 daripada 2 siswazah menerima gaji permulaan bawah RM2,000. Angka ini tidak jauh berbeza berbanding tahun sebelumnya (2019: 50.7%).

Baru-baru ini juga telah dilaporkan kira-kira 37% jurutera di Malaysia menerima gaji permulaan di bawah RM2,000. Ternyata gaji yang diberikan kepada graduan di Malaysia tidak setimpal dengan kelayakan akademik yang dimiliki mereka.

Maka, tidak hairanlah apabila rata-rata pekerja di Malaysia tidak mampu membina wang simpanan kecemasan serta tabung persaraan yang mencukupi walaupun telah bekerja selama puluhan tahun.

Kadar inflasi telah meningkat sejak beberapa bulan ini kepada 4.7% pada bulan Ogos 2022. Trend ini membimbangkan kerana peningkatan inflasi mampu mengurangkan nilai sebenar gaji diperolehi, lantas menjejaskan kuasa membeli di tangan orang awam.

Walaupun kadar inflasi telah turun sedikit kepada 4.5% pada bulan September 2022, orang ramai masih belum boleh menarik nafas lega memandangkan mereka masih diuji dengan ketidakstabilan harga, terutamanya harga barangan makanan.

Saya memahami kesusahan yang dihadapi oleh anak muda sekarang kerana saya juga merupakan ibu. Melihat kesusahan yang dihadapi oleh mereka ini, ayuh bersama kita mengubah nasib anak muda untuk membina Impian Nasional 2040.

Dr Rashidah Abd Rahman



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo