NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Anwar mahu selesaikan isu MA63, adakah kamu percaya? - Abang Johari


KUCHING:
“Saya tanya kamu, adakah kamu percaya? Selepas apa yang berlaku semasa 22 bulan,” soal Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Itu reaksi ringkas Premier Sarawak ketika ditanya mengenai kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung tawarannya untuk menyelesaikan isu hak Sabah dan Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Bagaimanapun beliau tidak mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Dalam majlis Tawaran Pakatan Harapan Kepada Sarawak di Kuching pada Sabtu, Anwar memberitahu bahawa isu berkenaan akan diselesaikan tanpa rundingan panjang jika PH diberi mandat untuk menjadi Kerajaan Persekutuan.

Ia termasuk soal penurunan kuasa yang melibatkan beberapa perkara utama seperti pendidikan di bawah sistem persekutuan.

Selain itu, ketika ditanya mengenai keterbukaan PH untuk bekerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Abang Johari berkata biar pertandingan berlangsung terlebih dahulu.

“Kita bertanding dahulu, baru kita tahu, kalau tidak bertanding kita tidak tahu (apa keputusan selepas ini),” kata Pengerusi GPS itu.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas merasmikan Program Sarawakku Sayang di Esplanade Telaga Air di sini pada Ahad.

Semalam dalam majlis sama, Anwar yang juga Presiden PKR menyatakan PH sedia bekerjasama dengan mana-mana parti termasuk GPS yang kini mentadbir kerajaan negeri Sarawak.

Namun katanya, perkara itu akan dibangkitkan selepas PRU-15 pada 19 November ini.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo