NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Menangkan Mastura, Fawwaz dan Steven Koh


PAS
mengenengahkan tiga tokoh anak muda sebagai calon PRU15 yang bertanding di Pulau Pinang mewakili PERIKATAN NASIONAL (PN) untuk ke Parlimen Malaysia. Ketiga-tiga mereka sememangnya menggalas cabaran tidak mudah yakni berusaha mencipta sejarah menang di negeri yang dikuasai oleh DAP.

Memenangkan mereka menerusi undi majoriti pemilih di kerusi Parlimen ditandingi amat penting untuk menjadi wakil memperjuangkan hak penduduk setempat khususnya dan Pulau Pinang amnya ke peringkat Persekutuan. Juga mengimbangi keangkuhan serta menjadi suara desakan terhadap DAP di negeri itu.

Ketiga-tiga mereka juga adalah barisan hadapan untuk memecah dan menyekat hegemoni DAP yang mempunyai pelbagai muslihat dalam agenda politik parti Cauvinis itu. Bahkan kemenangan mereka perlu untuk memulakan momentum menamatkan penguasaan DAP di peringkat DUN pada PRN Pulau Pinang yang akan berlangsung tahun hadapan.

P.041 Kepala Batas
Dr Ustazah Siti Mastura Muhammad

Beliau yang memegang Doktor Falsafah (PhD) dari USM ini layak mendapat kepercayaan warga Kepala Batas atas ketinggian ilmu dan keaktifannya dalam masyarakat. Dengan kapasiti selaku Ketua Pengarah Ameerah Malaysia juga, energetik beliau penting untuk generasi milenia khususnya wanita muda.

Kepala Batas sebagai kawasan Melayu-Islam juga perlukan pemimpin seperti beliau untuk memperjuang kepentingan dan kependudukan umat di situ. Kerana Parlimen ini adalah benteng terakhir di Pulau Pinang yang masih berbaki umat Melayu-Islam bermastautin di situ selain Tasek Gelugor dan Balik Pulau. 

Sosioekonomi bandar kecil yang turut meliputi kawasan sawah padi dan nelayan serta institusi-institusi pendidikan ini perlu terus dipertahankan. Suara Dr Ustazah Mastura juga teramat penting untuk hak penduduk diberi perhatian sewajarnya oleh Kerajaan Negeri yang diperintah DAP terutama peruntukan saksama.

Penduduk selaku pembayar cukai juga mesti mendapat perkhidmatan Kerajaan Tempatan (PBT) sepatutnya. Manakala, segala muslihat pembangunan untuk mengambil pemilikan tanah anak jati di Kepala Batas serta melambakkan pekerja warga asing yang boleh menimbulkan masalah sosial mesti dihentikan.

P.044 Permatang Pauh
Ustaz Muhammad Fawwaz Mohamad Jan

Beliau sememangnya tidak asing bagi warga masjid yang menadah kitab dan melapangkan diri dengan pengisian rohani atau kegiatan keagamaan. Juga dalam kalangan ibu bapa yang cenderung kepada pendidikan Islam. Ustaz Fawwaz sentiasa berada dalam kehidupan harian mereka.

PRU15 ini Permatang Pauh perlukan perubahan dari takuk dan genggaman lama yang tepu dan lesu. Banyak isu penduduk seakan tidak diketengahkan sewajarnya untuk pembelaan dan tindakan. Masalah kesesakan trafik dan banjir kilat misalnya, telah bertahun-tahun tidak terlihat intervensi menanganinya.

Suara Ustaz Fawwaz penting untuk mengangkat kepentingan penduduk agar diberi perhatian sewajibnya. Pengabaian pihak pemerintah yang dikuasai DAP mesti dipertegaskan supaya menunaikan hak penduduk. Pemimpin berani seperti Ustaz Fawwaz boleh dipercayai untuk memperjuangkan hal itu.

Keghairahan kerajaan DAP kepada pembangunan mega termasuk kediaman mewah juga telah mengabaikan pembinaan rumah mampu milik yang amat kurang di sini. Jika beliau diangkat ke Parlimen, projek perumahan oleh Kerajaan Persekutuan boleh diusahakan ke Permatang Pauh.

P.045 Bukit Mertajam
Steven Koh Tien Yew

Beliau mewakili susuk tubuh aktivis dan perjuangan PAS kepada kaum bukan-Muslim serta penghormatan kepada masyarakat majmuk Malaysia. Dikenali dengan kesantunan lemah lembut dan sabar, Steven Koh mesti dimenangkan demi mewujudkan masyarakat pelbagai kaum yang harmoni.

Agenda dan sentimen perkauman sempit dan memecahkan antara satu sama lain memerlukan individu seperti Steven Koh untuk mewujudkan penyatuan. Begitu juga keprihatinan dan kasih sayangnya kepada golongan susah serta miskin yang sentiasa aktif dibantu beliau dengan bakatnya.

Bekas chef sebuah hospitaliti yang kini usahawan MyKitchen digerakkan beliau sendiri, banyak menyumbangkan makanan bermasak untuk golongan gelandangan dan terbiar. Beliau jauh lebih prihatin dari pemimpin dan Kerajaan DAP Pulau Pinang yang meminggirkan golongan tersebut.

Malah, kerja buat Steven Koh tidak menunjuk-nunjuk atau membesarkan publisiti melainkan berkongsi nasib dan rasa sama dengan mereka itu. Sifat ditunjukkan beliau melayakkan Steven Koh untuk diberi kepercayaan mewakili dan membawa perubahan ke Bukit Mertajam. 

IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.myHARAKAHDAILY 13/11/2022



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo