NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bantu rakyat: Kenapa PH gagal, tetapi PN boleh?


SEMASA
pemerintahan Kerajaan Pakatan Harapan (PH), saya telah menggesa Menteri Kewangan pada ketika itu Lim Guan Eng supaya menambah bantuan-bantuan langsung kepada rakyat. Ini kerana rakyat terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi selain kenaikan harga petrol. Ada sebahagian bantuan yang dipotong saya minta supaya dikembalikan semula.

Jawapan yang diterima ialah kerajaan tidak mampu kerana masalah kekangan kewangan. Dalam Bajet 2020 yang dibentangkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan, Lim Guan Eng mengumumkan pemberian e-wallet bernilai RM30. Jumlah ini terlalu kecil.

Apabila Kerajaan PERIKATAN NASIONAL dibentuk pada 1 Mac 2020, saya telah mengarahkan Menteri Kewangan supaya mencari sumber-sumber kewangan yang boleh digunakan oleh kerajaan untuk disalurkan secara langsung kepada rakyat yang sedang menanggung kesusahan akibat pandemik. Saya diberitahu ada sumber-sumber yang boleh digunakan untuk membantu rakyat.

Akhirnya, sepanjang pentadbiran Kerajaan PERIKATAN NASIONAL selama 17 bulan, pakej-pakej rangsangan ekonomi dan bantuan rakyat bernilai RM530 bilion telah dilaksanakan.

Perkara yang tidak boleh dilaksanakan oleh Pakatan Harapan, boleh dilaksanakan oleh PERIKATAN NASIONAL. Kenapa?

Kerana PERIKATAN NASIONAL prihatin.

Inilah komitmen kami untuk Malaysia, iaitu mewujudkan sebuah kerajaan yang prihatin rakyat, selain bersih dan stabil. Susah senang kita hadapi bersama.

TAN SRI MUHYIDDIN MOHD YASSIN
Pengerusi
PERIKATAN NASIONAL (PN)



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo