NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PKR oportunis, Anwar meminta-minta jawatan PM


BAGAN SERAI
: PAS bukan sahaja menolak DAP, malah tidak boleh menerima PKR yang oportunis iaitu hanya mencari peluang dan kesempatan termasuk asyik meminta untuk dilantik menjadi Perdana Menteri.

Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, sedangkan umat Islam diajar oleh Rasulullah SAW bahawa Baginda tidak akan melantik orang yang meminta jawatan, juga sebagaimana hadis nasihat kepada Abdul Rahman Samurah RA.

“Belum apa-apa dah minta jawatan Perdana Menteri (PM). Pujuk PAS lantik dia jadi PM. Terlalu rakus mahukan jawatan itu. Kita (PAS) tak boleh terima. Pujuk (Syeikh Dr Yusuf) Qaradhawi, pujuk (Recep Tayyib) Erdoğan.

“Suruh Qaradhawi dan Erdogan pujuk saya sokong (Dato’ Seri) Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri,” ujar beliau ketika Ceramah PRU15 sempena Jelajah Presiden PAS di tapak Pasar Tani Pekan Bagan Serai, di sini semalam.

Menurut beliau, Qaradhawi dan Erdoğan tidak menerima pujukan tersebut dan tidak menyokong perbuatan meminta-minta jawatan tersebut, bahkan berpegang kepada hadis sama ditegaskan Rasulullah.

Lalu kata Tuan Guru, disebarkan dakwaan bahawa kedua tokoh itu marah kepadanya, sedangkan ketika sama Qaradhawi meminta beliau mengetuai rombongan damai ke Yaman, malah melantiknya sebagai Naib Presiden Kesatuan Ulamak Sedunia.

“Takkanlah dia marah, dia lantik saya begitu pula? Saya tak minta jawatan itu,” ujar beliau turut memaklumkan Necmettin Erbakan juga pernah mengajaknya ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN) di Eropah membincangkan isu perang Bosnia dan bukannya Anwar.

Beliau turut membidas sikap Anwar yang bukan sahaja pernah ‘menjual nama’ Almarhum Qaradhawi selaku Presiden Kesatuan Ulamak Sedunia dan Presiden Turki, Erdoğan itu, tetapi juga mantan al-Mursyidul Am PAS, Almarhum Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Tuan Guru turut memberitahu bahawa Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika hendak dilantik menjadi Perdana Menteri tidak meminta jawatan itu, sebaliknya dicadangkan oleh beliau dalam pertemuan bersama pemimpin parti-parti politik lain.

Beliau turut menceritakan bahawa hubungan bersama BERSATU, Umno dan lain-lain parti yang terjalin adalah secara konsep Ta’awun Siyasi dan bukannya Tahaluf Siyasi sebagaimana dahulu. – HARAKAHDAILY 13/11/2022



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo