NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pemimpin digugur Umno bangkit gelombang PN


TASEK GELUGOR:
Pemimpin yang digugurkan Umno sebagai calon dimanfaatkan untuk kebangkitan gelombang PERIKATAN NASIONAL (PN) dalam Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15).

Malah dengan peluang yang ada, mereka cenderung membangkitkan gelombang PN di Perlis dan Pahang.

“Dia (Umno) cantas, kami ambil peluang. Yang dia cantas, kita ambil sebagai calon. Shahidan Kassim (di Perlis), Ismail Mutallib (di Pahang). Kita turun (jelajah) di Perlis, dah ada gelombang, bila kita buat begitu.

“Nampak gelombang ini menunjukkan kemungkinan kita boleh ambil Perlis,” kata Presiden PAS, Tan Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam pertemuan bersama calon-calon PAS untuk PRU15 di Pulau Pinang, di Markas PAS Pongsu Seribu, di sini, hari ini.

Jelasnya di Pahang, PERIKATAN NASIONAL memerlukan lapan kerusi iaitu empat kerusi yang sudah dijangka berpihak kepada PN manakala empat kerusi lagi adalah milik BN yang dimenangi dengan majoriti tipis.

Menurutnya di Pulau Pinang, DAP menguasai 19 daripada 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menyebabkan parti itu tidak mendapat majoriti mudah.

Katanya, tidak mustahil kepada PN untuk menang dalam pilihan raya DUN nanti jika kena caranya dengan kerjasama.

“Dia (DAP) tak cukup simple majoriti. Cuma dia berjaya kait PKR, kait orang nu, orang ni. Kalau kerjasama elok, kita boleh ambil alih. Tapi mestilah dengan cara teraturlah.

“Pilihan raya Parlimen ini berasingan, menjadi satu kayu ukur untuk kita membina kekuatan dalam masa yang sama kita ‘exercise’ untuk pilihan raya negeri. Ini sangat penting.

“Oleh sebab itu, kita mesti kerja tarik undi seberapa banyak yang boleh, pengundi Islam, pengundi bukan Islam,” katanya.

Turut hadir ialah tiga calon PN daripada PAS, Dr Ustazah Siti Mastura Mohamad, Ustaz Muhammad Fawwaz Mohamad Jan dan Steven Koh (PAS-DHPP).

Selain itu, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Muhammad Fauzi Yusoff, Setiausaha Badan Perhubungan PAS negeri  Iszuree Ibrahim, Adun Penaga, Ustaz Mohd Yusni Mat Piah, Pengarah Pilihan Raya PAS negeri, Bukhori Ghazali dan Ketua Penerangan PAS negeri, Ustaz Abdul Razib Abd Rahim. – HARAKAHDAILY 13/11/2022



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo