NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

‘Kita kena ambil balik pemerintahan negeri Perak’


PARIT BUNTAR:
Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berharap pengundi dapat memberikan kemenangan yang lebih besar kepada PERIKATAN NASIONAL (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau yakin PERIKATAN NASIONAL dapat membuat perubahan jika dapat memperolehi kemenangan majoriti 2/3 kerusi.

“Hendak dapat majoriti 2/3 kerusi, Parlimen Parit Buntar mesti kita pegang, kita kena menangkan DUN-DUN.

“Kita kena ambil balik pemerintahan negeri Perak. Ini sangat penting,” katanya ketika memberi taujihat kepada jentera dan penyokong PERIKATAN NASIONAL di Dataran Purnama, di sini, hari ini.

Menurutnya, dalam siri lawatan ke seluruh negara, beliau melihat kehadiran anak-anak muda sangat positif, begitu juga petugas parti yang turun padang dan sangat menarik untuk berlaku perubahan.

“Kita kena bekerja ikhlas dan jujur dengan kemampuan yang kita ada, insya-Allah kita dapat pertolongan daripada Allah untuk mencapai kemenangan,” katanya.

Beliau berharap anak-anak muda keluar mengundi untuk menunaikan tanggungjawab bagi menyelamatkan negara bersama PERIKATAN NASIONAL.

Katanya, PERIKATAN NASIONAL hendak menyelesaikan masalah rakyat.

“Pakatan Harapan (PH) kita tolak kerana ada masalah-masalah yang besar. BN pula masih ada yang bermasalah, kita rehatkan Barisan Nasional, biar PERIKATAN NASIONAL ambil alih kerajaan,” ujarnya yang bertanding di Parlimen Marang.

Beliau menegaskan PERIKATAN NASIONAL sudah membuktikan menjadi kerajaan yang bersih dan dapat memerintah dengan stabil.

“Kita mengharapkan supaya pengundi dapat memberi kepercayaan kepada PERIKATAN NASIONAL.

“PAS pun tukar lambang daripada pakai hijau kena pakai biru. Saya pun tak biasa pakai biru ni..tapi oleh kerana kita hendak bersama, tukarlah biru.

“Ia tukar warna sahaja bukan dasar, bukan prinsip. Nabi kita Nabi Muhammad SAW pun tukar bendera, tukar lambang dalam perjuangannya, ini sebagai taktik dan strategi untuk kita menyatukan umat,” katanya. – HARAKAHDAILY 13/11/2022



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo