NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Penulisan dangkal MalaysiaDateline (Laman Amanah) kononnya gabungan PH-BN boleh jatuhkan PN Pantai Timur


Saya baca tulisan 'kartun' oleh penulisan di laman Malaysia Dateline kononnya gabungan PH-BN boleh jatuhkan PAS di Kelantan, Terengganu dan Kedah. Sebenarnya bukan PAS, PN kerana 2 negeri ini hanya menggunakan Logo PAS sahaja untuk PRU15.

Dalam tulisannya...

“Suka saya menyeru kepimpinan semua parti bersatu upaya dan sumber dengan satu matlamat rimuf (ketepikan) Pas dari terus memanipulasi
Kenaifan rakyat Kelantan.

“Umno + Amanah + PKR + Putra + rakyat = Pas jatuh,” tulis beliau menerusi Facebook beliau merujuk kepada kerjasama politik di Kelantan, negeri yang kini mempunyai 100 peratus Ahli Parlimen Pas.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan tahniah atas pandangan jauh dan langkah politik bijaksana yang diambil Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid.


Sebenarnya malam ni saya nak tidur. Nak tidur awal tapi kerana ada tulisan tak guna akal, tak buat analisis sekadar bercakap bodoh macam Rafizi membuat analisis... Jual ubat dengan Invoke dan budak Invoke yang berapa banyak guna duit PH untuk menipu PH, macam Najib kena tipu PRU14 lalu,

Ok saya ambil Terengganu ajelah. Pasal Terengganu ada 8 kerusi. Nak tidur jadi tulis-tulis santai aje.

Ini keputusan PRU15 di Terengganu. Keputusan ini belum lagi orang UMNO marah UMNO bercium dengan DAP.

P033 – BESUT

Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh (Pas) MENANG
jumlah undi : 49,569 undi
Majoriti : 18,666 undi

Datuk Nawi Mohamad (BN) 30,903
Abd. Rahman @ Abd. Aziz Abas (PH) 4,339 Wan Nazari Wan Jusoh (Pejuang) 553

Penyandang : Tan Sri Idris Jusoh (BN)
Pengundi Berdaftar : 111,650

P034 – SETIU

Shaharizukirnain Abdul Kadir (Pas) MENANG
Jumlah undi : 50,768
Jumlah majoriti : 19,032

Datuk Abdul Rahman Mat Yasin (BN) 31,736
Mohamad Ngah (PH) 2,125
Wan Adnan Wan Ali (Pejuang) 203

Penyandang : Shaharizukirnain Abdul Kadir (Pas)
Pengundi Berdaftar : 107,294

P035 – KUALA NERUS

Datuk Dr. Alias Razak (Pas) MENANG
Jumlah undi : 56,697
Jumlah Majoriti : 29,765

Datuk Mohd. Khairuddin Aman Razali (BN) 26, 932
Azaha Wahid (Pejuang) 291
Datuk Seri Suhaimi Hashim (PH) 3,708

Penyandang : Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali (Bebas)
Pengundi Berdaftar : 105,952

P036 – KUALA TERENGGANU

Datuk Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim (Pas) MENANG

Jumlah undi : 63,016 undi
Majoriti : 40,907 undi

Mohamad Abu Bakar Muda (Pejuang) 481
Datuk Zubir Embong (BN) 22,109
Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Shah (PH) 10,946

Penyandang : Datuk Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim (Pas)
Pengundi Berdaftar : 123,305

P037 – MARANG

Tan Sri Abdul Hadi Awang (Pas) MENANG
Jumlah undi : 73,115
Jumlah majoriti : 41,729

Jasmira Othman (BN) 31,386
Azhar Abdul Shukur (PH) 4,140
Zarawi Sulong (Pejuang) 427

Penyandang : Tan Sri Abdul Hadi Awang (Pas)
Pengundi Berdaftar : 131,001

P038 – HULU TERENGGANU

Datuk Rosol Wahid (Pas) MENANG
Jumlah undi : 42,910
Jumlah majoriti : 15,734

Datuk Rozi Mamat (BN) 27,176
Mohd. Khadri Abdullah (Pejuang) 182
Alias Ismail (PH) 1,740

Penyandang : Datuk Rosol Wahid (Bersatu)
Pengundi Berdaftar : 87,917

P039 – DUNGUN

Wan Hassan Mohd. Ramli (Pas) MENANG
Jumlah undi : 59,720
Majoriti : 34,105 undi

Ghazali Ismail (Bebas) 305
Nurhisam Johari (BN) 25,615
Noraisah Hasan (Pejuang) 322
Datuk Dr. Mohd. Johari Mohamad (PH) 5,307

Penyandang : Wan Hassan Mohd. Ramli (Pas)
Pengundi Berdaftar: 115,559

P040 – KEMAMAN

Che Alias Abd. Hamid (PN) MENANG
Jumlah undi : 65,714
Jumlah majoriti : 27,179

Rosli Ab. Ghani (Pejuang) 506
Datuk Seri Ahmad Said (BN) 38,535
Hasuni Sudin (PH) 8,340

Penyandang : Che Alias Abd. Hamid (Pas)
Pengundi Berdaftar: 139,423

Mula-mula saya ambil Besut kubu kuat UMNO.

Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh (PN) - jumlah undi : 49,569 undi
Datuk Abdul Rahman Mat Yasin (BN) 31,736
Mohamad Ngah (PH) 2,125
Wan Adnan Wan Ali (Pejuang) 203

Agaknya PH + BN + Pejuang sekali boleh tak atasi undi PAS? Baru dapat katakan 44,000 masih kalah 9000 undi. Itu Kubur BN.
Maknanya Editor MalaysiaDateline menulis pakai kepala lutut bukan pakai akal.

Ambil Kemaman kawasan Mat Said, Orang Kuat UMNO di Terengganu

Che Alias Abd. Hamid (PN) - Jumlah undi : 65,714

Rosli Ab. Ghani (Pejuang) 506
Datuk Seri Ahmad Said (BN) 38,535
Hasuni Sudin (PH) 8,340

Agaknya BN + PH + Pejuang pun masih dapat 47k sahaja, sedangkan PAS 65K

Yang lain engkau orang kira sendiri, saya nak tidur awal.
Kalau ambil kubu PAS lagi parah.

Kalau PH+BN, aku rasa selepas ini ada kawasan PH=BN akan hilang wang pertaruhan sebab karat biru (orang Terengganu kata telan best (lencana)) pun boleh pecah.

Nak tahu hebat tak gabungan ini lihat nanti keputusan Tioman Pahang. Kononnya kata MT UMNO dan penganalisis kononnya tak gabung BN-PN kerana demografi yang sama... Tak sedar teras UMNO yang tak tergugat sebelum ini akan retak dengan gabungan BN-DAP ini.

NASIR RAMLEE

- maaf tak edit... mana keluar saya tulis aje




........
Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo