NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mohon Anwar tidak abaikan Sabah - Kitingan

Timbalan Ketua Menteri Sabah Jeffrey Kitingan berkata antara perkara utama untuk diberikan perhatian kerajaan persekutuan ialah tuntutan Sabah berkaitan hak kewangan.


PETALING JAYA: Sabah berharap akan ada keputusan muktamad berkaitan tuntutan mengembalikan hak negeri bawah kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Jeffrey Kitingan, berkata antara perkara utama untuk diberikan perhatian kerajaan persekutuan ialah tuntutan Sabah berkaitan hak kewangan.

“Saya kenal sangat perdana menteri yang baharu ini dan beliau juga kenal saya, termasuk tahu mengenai tuntutan kita.

“Saya berharap dengan kerjasama negeri dan persekutuan ketika ini, kita akan dapat melihat keputusan yang baik berkaitan tuntutan Sabah dan Sarawak dalam Malaysia,” katanya menurut Berita Harian.

Kitingan yang juga Ahli Parlimen Keningau berkata, antara hak kewangan dituntut Sabah ialah pengembalian 40% hasil dikutip kerajaan persekutuan dari negeri itu dan 10% cukai eksport petroleum.

Timbalan pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu berkata, walaupun Sabah ketika ini menerima RM120 juta setahun daripada cukai eksport dan eksais, ia berhak menerima 10% daripada cukai eksport produk petroleum yang dianggarkan mencecah RM10 bilion setahun.

“Oleh itu, Sabah sepatutnya menerima kira-kira RM1 bilion setahun (cukai produk petroleum),” katanya.

Tuntutan hak kewangan, khususnya pengembalian 40% hasil dikutip kerajaan persekutuan di Sabah antara perkara dituntut dalam rundingan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) antara kerajaan negeri dan persekutuan.

Kegagalan kerajaan sebelum ini membuat keputusan berhubung rundingan itu menyebabkan harapan kini disandarkan kepada kerajaan perpaduan pimpinan Anwar.

Kitingan sebelum ini menyatakan sokongannya kepada Anwar sebagai perdana menteri ke-10 dan kerajaan perpaduan diketuainya.

Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) diketuai Kitingan antara parti komponen GRS diketuai Ketua Menteri Hajiji Noor yang mengukuhkan kerajaan perpaduan pimpinan Anwar sehingga memperoleh dua pertiga sokongan di Dewan Rakyat.


Sumber I FMT Malaysia 








........
Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo