NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Peluang PN menang di Perak menjadi makin cerah dengan ada Warisan


Parti Warisan (WARISAN) dijangka bertanding di lima kawasan di Perak pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), kata Pengerusi negerinya, Datuk Seri S Sunther.

Bagaimanapun, beliau berkata, kawasan yang akan ditandingi sama ada di kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) masih belum diputuskan dan tertakluk kepada perbincangan akhir bersama peringkat negeri dan pusat dalam masa terdekat.

"Penting untuk kita buat analisis kawasan mana yang sesuai untuk ditandingi. Kita tidak mahu apa yang terjadi ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor berulang.

"Kita perlu ada pelan strategik dan buat pemilihan atau keputusan yang betul," katanya.


Manakala Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming marah betul dengan Warisan. Katanya kehadiran Warisan bertanding di kerusi yang menang dimenangi Pakatan Harapan (PH) di Perak adalah dengan niat untuk memecah undi sahaja.

“Niatnya begitu jelas hanya datang untuk pecah undi. Untuk membantu siapa?..Nak bantu PN nak naikan PAS? tetapi usaha licik ini pengundi dah boleh baca,” katanya pada sidang media selepas pelancaran bilik gerakan PH di Kampar.

Nga berkata, perkara itu boleh dilihat apabila parti berasal dari Sabah itu hanya meletakkan calon di 26 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sahaja di mana tindakan itu tidak akan mengubah struktur pentadbiran kerajaan negeri akan datang.

Mengikut analisis daripada sumber dalaman PN dengan kehadiran parti Warisan yang bertanding 26 kerusi DUN di Perak ini akan membantu memcahkan undi bukan Melayu yang sebahagian besar penyokong Warisan daripada kaum India.

Kedudukan MIC dan MCA makin tegang kerana Parlimen Batu, peluang untuk PN makin cerah. PAS perlu bijak mengatur strategi kempen bersama PNbagi memastikan sekali lagi Perak berada di tangan PAS dan Parikatan Nasional (PN)

NASIR RAMLEE



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo