Penyandang ahli parlimen Arau Shahidan Kassim masih berteka-teki berkaitan lambang yang akan digunakannya untuk bertanding dalam pilihan raya umum 19 November ini.
Ketika dihubungi, calon yang digugurkan BN itu hanya memberitahu hanya tiket “penyatuan Umno, Bersatu dan PAS" yang tersedia untuknya sekarang.
“Bertanding atas (tiket) apa tu awak interpret (tafsir) sendirilah tapi PAS akan sokong saya, Umno akan sokong saya, Bersatu akan sokong saya.
Parti apa? Fikir-fikirkanlah,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Katanya, pencalonnya kali ini sebagai tanda penetangan terhadap Zahid yang menggugurkannya.
“Saya akan menjadi calon menentang Zahid Hamidi.
“Saya
tak menentang dia (calon BN Arau), saya akan menentang Zahid Hamidi
sebab Zahid Hamidi ialah seorang yang pecah amanah, menipu dan dia ada
kes mahkamah (jadi) dia tak layak memilih calon.
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment