NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pakistan raih tempat ketiga Piala Sultan Azlan Shah 2022

Skuad Hoki Pakistan menamatkan kempen Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) Edisi ke-29 di tempat ketiga selepas menundukkan pasukan Jepun 5-3 pada perlawanan penentuan kedudukan di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah hari ini. -- fotoBERNAMA (2022) HAKCIPTA TERPELIHARA

IPOH, 9 Nov (Bernama) -- Pakistan menamatkan kempen Piala Sultan Azlan Shah edisi ke-29 di tempat ketiga selepas menundukkan Jepun 5-3 pada perlawanan penentuan di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah di sini hari ini.

Jepun membuka tirai jaringan menerusi gol padang Kentaro Fukuda pada minit kesembilan sebelum Pakistan bangkit menyamakan kedudukan seminit kemudian hasil jaringan Abdul Shahid.

Suku kedua perlawanan menyaksikan Pakistan kembali mengasak dan penyerang Arbaz Ahmad meletakkan pasukan di ranking ke-18 dunia itu di hadapan apabila menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-17 sebelum Rooman melebarkan jurang menerusi jaringan padang pada minit ke-26.

Yuma Nagai terus membakar semangat rakan-rakannya apabila kembali merapatkan jurang hasil gol padang pada minit ke-30 menewaskan penjaga gol Pakistan, Akmal Hussain.

Bagaimanapun, Rooman sekali lagi meletakkan namanya sebagai penjaring menerusi gol keempat Pakistan empat minit berselang hasil jaringan padang. 

Nagai cuba menghidupkan peluang Jepun menerusi jaringan pada minit ke-49 namun Abdul Rana mengesahkan Pakistan menamatkan saingan kejohanan berprestij itu di tempat ketiga selepas menjaringkan gol kemenangan tiga minit kemudian.

Sementara itu, Afrika Selatan menduduki tempat keenam apabila tewas kepada Mesir 1-2 dalam penentuan tempat kelima dan keenam. 

Gol tunggal Afrika Selatan diperoleh menerusi jaringan padang Connor Beauchamp pada minit ke-11 manakala gol Mesir dijaringkan Ziad Adel menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-29 dan Hossameldin Ragab pada minit ke-43.

Skuad hoki negara bakal membuat perhitungan dengan Korea Selatan bagi perebutan gelaran juara pada 8 malam esok.


- BERNAMA 




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo