NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jentera PH Johor tidak terbabit isu khianat bendera parti - Salahuddin Ayub


JOHOR BAHRU, 9 Nov (Bernama) -- Pakatan Harapan (PH) Johor sentiasa memastikan jenteranya mematuhi undang-undang dan tidak terlibat dengan mana-mana isu khianat termasuk merosakkan bendera parti lain.

Pengerusi PH Johor Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata beliau juga yakin parti-parti politik lain turut mengamalkan politik yang matang memandangkan ini bukan kali pertama pilihan raya diadakan dalam negara.

““Saya akan pastikan jentera PH di Parlimen Pulai khususnya akan menghormati setiap undang-undang dan peraturan, dan suka saya ingatkan sekiranya ada perbuatan khianat, itu bukan datang dari PH,” katanya pada kepada pemberita ketika ditemui selepas melawat dan ramah mesra bersama peniaga dan pengunjung di Pasar Malam Bukit Indah, di sini hari ini.

Timbalan Presiden Amanah itu berkata demikian ketika mengulas isu kerosakan bendera parti-parti yang bertanding PRU15 yang dilaporkan berlaku di Johor sejak kempen bermula Sabtu lepas. 

Salahuddin yang merupakan penyandang Parlimen Pulai itu berhadapan dalam saingan tiga penjuru yang melibatkan pertembungan antara beliau, calon Barisan Nasional Datuk Nur Jazlan Mohamed (BN-UMNO), dan calon Perikatan Nasional Loh Kah Yong (PN-Gerakan).

Pada PRU14, Salahuddin menewaskan Nur Jazlan iaitu bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri yang juga penyandang kerusi Parlimen Pulai dengan majoriti 28,924 undi.

-- BERNAMA



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo