NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Maaf Dr Danial, kalau nak tolak parti lebai pun gunalah hujah akademik jangan guna hujah emosi


Saya menonton video klik dalam youtube oleh Dr Danial di atas yang sebahagian mungkin diedit untuk menyokong mana parti berkenaan. Saya juga membaca komen-komen pada video ini. Malangnya komen saya dipadam kerana adminnya 'koyak'.

Untuk berlaku adil sila tonton video di bawah ini.


Saya difahamkan Dr Danial ini orang akademik dan dikatakan selalu berhujah dengan fakta. Tapi malangnya sepanjang video di atas tak satu hujah pun yang akdemik yang boleh kita berfikir secara kritis.

1.  Saya mula rasa Dr Danial bukan seorang agawan yang baik apabila dia menyebut parti lebai. Ini bukan nak membela parti lebai tapi bagi orang yang menjaga agamanya menjaga akhlaknya jarang kita terikut dengan nada sinis. Di sini saya mula rasa hilang hormat kepada Dr Danial.

Rasulullah SAW bersabda: "Apabila ada orang yang mencaci maki kamu tentang apa yang dia ketahui pada dirimu, janganlah kamu mencaci maki dia tentang apa yang kamu ketahui pada dirinya kerana pahalanya untuk kamu dan kecelakaan untuk dia." (Riwayat Ad Dailami)

Ramai orang macam Dr Danial berceramah hebat dan bercerita Nabi s.a.w. lari apabila Syaidina Abu Bakar menjawab makian... kerana Nabi s.a.w melihat malaikat mehilangkan diri. Tapi nak kita sukar nak amalkan sebab hati kita masih tidak bersih. Apa tak lagi kita ikut sama memperolekkan orang nak buat Islam dengan pak lebai.

2.  Dr Danial berhujah tak betulnya parti Pak Lebai (rasa PAS) dengan memberikan satu contoh iaitu Dato Latifah Mat Yatim yang dulunya kuat PAS kemudian tak setuju dengan PAS katanya PAS tak betul. Saya tak pasti dimana tak betulnya kerana Dato Latifah ni tak sebut pun. Jadi mana akedemiknya nak berhujah?

Dato Latifah kata dia ni daripada perut dah PAS, maksud dia bukan calang-calang PAS tapi sekarang bukan PAS lagi. Dia contoh waris-waris orang kuat PAS dan ada sebahagian kena ISA. Ada kena tembak di Memali, Ok kita setuju.

Saya nak tanya satu aje. Adakah waris-waris dia yang kena ISA, yang kena tembak dsbnya itu masih PAS atau tak? Kalau mereka masih PAS bermakna orang tak belajar tetapi memahami liku-liku perjuangan mereka masih istiqmah dalam perjuangan. Memang dalam perjuangan ada pasang surut dan kita sepatutnya memainkan peranan membetulkan.

Kalau orang yang berilmu tidak mahu bersama membetulkannya dan asyik dan cari keburukan sedangkan merekalah patut membaiki kudis yang ada setiap penjuru, Adakah dengan berceramah ada kudis dipenjuru itu akan mengubati kudis. Orang berakal bukan itu cara berfikir.

Jadi saya melihat drp video itu Dato Latifah bersifat emosi. Emosi bukan hujah dan fakta. Emosi adalah kelemahan diri yang mana kita bercakap hebat tentang startegi tetapi bila kita ada emosi kita gagal.

Sama juga emosi iblis dengan Adam a.s. akhirnya sombong dan takabur itu menjerat menjadi golongan sesat.


3.  Dr Danial menyebut parti pak lebai kaki fitnah dan ada ulama buat fitnah, Saya nak tanya kata-kata Dr Danial ini ada hujah dan fakta ke? Boleh tolong berikan satu nama ulama yang itu. Adalah itu Presiden PAS?

Saya nak peringatkan Dr Danial tentang Firman Allah SWT dalam Surah al-Hujurat, ayat 6 bermaksud: “Wahai orang beriman, jika datang kepada kamu orang yang fasik membawa berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum dengan tidak mengetahui, maka jadilah kamu menyesal atas perbuatanmu itu.”

Bila Dr Danial tidak menamakan jadi Dr Danial telah menyebarkan satu fitnah secara halus tanpa di sedari. Kalau saya kata bawa dalam waris warah Dr Danial ada yang berzina. Saya tak namakan. Mungkin ada orang anggap isteri Dr Danial, ada orang anggap anak Dr Danial, ada orang anggap sepupu Dr Danial, ada juga kata Dua Pupu Dr Danial. Ini saya nak beritahu Dr Danial Ini dinamakan fitnah. Setiap apa yang kita kata dan ucap pasti di hisab.

Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya) dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amal) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan) bertakwalah kepada Allah sesungguhnya Allah amat meliputi pengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan.” (Surah Al Hasyr: 18)

Syaidina Ali ibnu Abi Thalib r.a pernah berkata maksudnya: “Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab dan timbanglah (diri kamu) sebelum kamu ditimbang.” (Ghurar Al-Hukm: 385)

Daripada Syaidina Ali r.a berkata lagi maksudnya: “Bukan dari golongan kami orang yang tidak menghisab dirinya pada tiap-tiap hari. Jika dia membuat kebaikan, Allah akan tambah kebaikannya dan jika dia buat kejahatan dia akan memohon keampunan Allah dan bertaubat kepada-Nya.”

Perkara ini pernah berlaku dalam Muktamar PAS Pusat apabila Ustaz Ahmad Awang, Naib Presiden PAS pada masa Muktamar berkenaan berkaitan dengan adanya pemimpin tertinggi PAS yang menghubungi beliau untuk memikirkan semula keputusan yang dibuat oleh PAS Perak dan mencadangkan pergabungan dengan UMNO.

Banyak webblog mengulas perkara ini dan ingin identiti “Pengkhianat” ini didedahkan. Pelbagai tuduhan dan prasangka dalam pelbagai bentuk tulisan telah dilemparkan kepada pemimpin-pemimpin PAS yang tidak sehaluan. Fitnah dan tuduhan tanpa bukti yang terlarang dalam Islam telah menjadi mainan mulut penulis-penulis perjuangan Islam. Saya sendiri, apabila mendengar ucapan ini secara spontan telah dilewati oleh nafsu syaitan meneka siapa pimpinan tertinggi PAS ini. Mula terbayang dalam fikiran saya Dr Hassan Ali. Kalau tidak Dato’ Mustafa Ali.. atau mungkin Ustaz Nasarudin Mat Isa.

Ustaz Ahmad Awang membuka fitnah dalam PAS. Tapi kalau dia sebut nama, misal Dr Harun Din. Mungkin perkara ini tidak menjadi penyakit dalam parti pak lebai itu Dr Harun Din boleh jelaskan.

Daripada Abu Musa Al-Asy’ari radhiyallahu ‘anhu dia berkata, aku berkata, “Wahai Rasulullah, orang Islam yang bagaimanakah yang paling utama? Baginda menjawab, “Orang yang kaum Muslimin selamat dari lisannya dan tangannya.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

4.  "Ada buah saya dia tolong lebai" saya tak kata apa. Memang tak kata apa tetapi dalam setiap ucapan Dr Danial kata pak lebai..pak lebai pak lebai. Saya tak tahu apa itu makna bagus?

5.   Dr Danial dikatakan orang yang berhujah dengan akademik, maaf saya tak nampak apa akademiknya sepanjang video itu. Adakah dengan memberikan satu dua contoh orang keluar PAS maka parti Pak Lebai itu ada kudis? Dangkal sangatlah Dr Danial!

Dato Latifah keluar PAS, PAS tak betul. Anak buat dulu tolong PAS, tapi sekarang tak PAS tak betul. Dr Khairuddin Takiri keluar PAS, maka PAS tak betul. Che Abdullah bertanding dengan UMNO, PAS tak betul. Itulah mentaliti pemikiran Dr Danial yang dikatakan hebat berhujah.

Saya tak tahu pasal Dato Latifah, saya tak komen. Pasal Takiri saya boileh komen sikit. Dia dipecat daripada Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS. Majlis Syura ini antara yang hebat dlam PAS. Di luar negara Takiri prnah hadir dan berucap sebagai SU Majlis Syura dan membuat komen tentang pergolakan di negara Islam yang menyebabkan banyak gerakan Islam luar negara marah kepada PAS. TGHH tak tahu kes ini, sebab luar negara anggap SU Majlis Syura. itu suara PAS.

Akibat daripada itu dia keluar parti. Jadi akadakah itu dengan itu kita berhujah PAS BERKUDIS? Tak masuk akal.

Che Abdullah ada masalah.. Majlis Syura tak lulus dia jadi calon dia bertanding BN. Adakah kita nak kata Parti Pak Lebai tak betul? Apa indikator tak betul itu.

Kalau ini pemikiran Dr Danial, harus Dr Danial kata Nabi s.a.w. tak betul kerana salah seorang 3 penulis wahyu nabi keluar Islam. Jangan argumen yang dangkal.

Sebab itu saya kata Dr Danial berhujah dengan emosi.

Nasib baik Dr Danial telah lahir sebagai seorang Islam, kalau tak pasti Dr Danial akan lihat keburukan orang Islam Dr Danial akan kata Islam pun tak betul

Saya tak sokong parti Pak Lebai, tapi tolonglah berikan fakta jelas kudis yang parti lebai itu ada. Kita pun nak tahu juga.

NASIR RAMLEE

- maaf menulis secara sepontan tanpa edit
# Sekadar maklumat admin youtube (https://www.youtube.com/c/MABAChannel) pun jenis koyak delete komen saya. Kenapa takut nak jawab pertanyaan.. tinggal komen puji aje ke?



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

( Hide )

© all rights reserved
made with by templateszoo