NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Negeri Sembilan turut umum cuti pada 18 Nov

Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan (SUK) Datuk Dr Razali Ab Malik (Gambar fail)

SEREMBAN, 9 Nov (Bernama) -- Kerajaan Negeri Sembilan turut mengumumkan cuti umum pada 18 Nov ini, sehari sebelum hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr Razali Ab Malik berkata perkara itu diputuskan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan hari ini.

Katanya cuti umum pada hari berkenaan bagi memberi laluan kepada pengundi menunaikan tanggungjawab mengundi dalam PRU15.

"Cuti umum ini adalah untuk menggalakkan rakyat di negeri ini membuat persiapan dan menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dalam PRU15 pada 19 Nov," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, Kerajaan Negeri Selangor bersetuju memberi cuti umum sehari sebelum hari pengundian. 

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 Nov ini sebagai hari pengundian manakala 15 Nov ialah hari pengundian awal.


- BERNAMA 



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo