NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mohamad Zabidin pemangku Hakim Besar Malaya


PUTRAJAYA, 9 Nov (Bernama) -- Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dilantik sebagai pemangku Hakim Besar Malaya.

Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Suzarika Sahak, ketika dihubungi Bernama, mengesahkan perkara itu.

Jawatan Hakim Besar Malaya kosong selepas persaraan Tan Sri Azahar Mohamed pada 27 Okt lepas.

Zabidin, 65, dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan pada 4 Feb tahun ini selepas menyandang jawatan Hakim Mahkamah Rayuan pada 26 Nov 2018.

Sebelum itu, beliau menjadi Pesuruhjaya Kehakiman pada 1 Ogos 2004 dan dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi pada 28 Julai 2006.

-- BERNAMA 



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo