NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pengendali pengangkutan awam harus ada pakar sendiri

Rapid KL dalam kenyataan memaklumkan punca gangguan operasi dipercayai berpunca dari gangguan kepada komponen elektronik sistem kawalan tren automatik atau ATC yang menyebabkan kehilangan signal di antara pusat kawalan dan juga tren yang menyebabkan tren tidak dapat beroperasi secara automatik di antara Stesen LRT Kelana Jaya dan Stesen LRT Ampang Park.

KUALA LUMPUR, 9 Nov (Bernama) -- Pengendali sistem pengangkutan awam sepatutnya mempunyai pakar mereka sendiri bagi menyelesaikan sebarang gangguan atau masalah teknikal pada sistem pengangkutan tersebut.

Pakar kejuruteraan pengangkutan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Amiruddin Ismail berkata pengendali sistem pengangkutan awam khususnya yang telah lama beroperasi di negara ini, seharusnya sudah mempunyai pakar tempatan.

"Mungkin ini antara kerosakan yang besar, jadi kita perlukan khidmat pakar dari luar negara untuk membaikinya. Pakar yang ada di negara kita mungkin belum mencapai tahap diperlukan bagi kerosakan tersebut.

“Bagaimanapun, kita perlu pastikan bahawa negara kita mempunyai pakar tempatan untuk mengendalikan permasalahan seperti ini kerana kita mula menjalankan perkhidmatan tren Transit Aliran Ringan (LRT) sejak 1998, lebih kurang 24 tahun lepas,” katanya dalam program "Malaysia Petang Ini” terbitan Bernama TV hari ini.

Perkhidmatan tren LRT di antara stesen Kelana Jaya dan Ampang Park digantung tujuh hari bermula 6 pagi tadi, selepas mengambil kira faktor keselamatan penumpang serta masa yang akan diambil untuk mengenal pasti punca gangguan perkhidmatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Mohd Azharuddin Mat Sah dilapor berkata isu utama pada Sistem Kawalan Tren Automatik (ATC) belum dikenal pasti dan berharap dengan bantuan pihak pengilang peralatan asal (OEM) Thales Group dari Kanada dan Dubai yang dijangka tiba esok, dapat membantu dalam proses baik pulih.

Amiruddin turut mengesyorkan supaya pihak terlibat lebih bersedia dalam aspek pengurusan perkhidmatan bagi memastikan pengguna terus menikmati perkhidmatan sekiranya berlaku gangguan atau masalah teknikal pada sistem.

"Kita perlu buat persediaan luar jangka seperti sistem bas yang banyak supaya pengguna boleh terus mendapatkan perkhidmatan tanpa gangguan,” katanya.

-- BERNAMA 



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo