NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ong dakwa DAP takut-takutkan pengundi Cina, sebar gambar lama


Calon Pandan dari Warisan mendakwa DAP sanggup mengambil langkah terdesak menaburkan fitnah terhadap Warisan dengan menyebarkan gambar lama membabitkan Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal. 

Bekas presiden MCA itu merujuk kepada gambar di aplikasi WhatsApp yang memaparkan Shafie bersama beberapa pemimpin parti politik lain yang didakwa bertujuan menakut-nakutkan pengundi Cina.

Antara yang dilihat dalam gambar itu, Presiden PAS Abdul Hadi Awang, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin, Pengerusi GPS Abang Johari Openg, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, Pengerusi Pejuang Dr Mahathir Mohamad, Naib Presiden GPS Fadillah Yusof, dan menteri kanan ketika itu Azmin Ali. 

Ong menjelaskan gambar itu diambil pada tahun 2020, ketika politik Malaysia menghadapi kemelut yang perlu ditangani ketika itu, dengan perbincangan mengenai isu kerajaan perpaduan (unity government).

“Ia memberikan gambaran bahawa Warisan akan bekerjasama atau bersengkongkol dengan pihak-pihak yang berkenaan dan (cuba mempengaruhi) emosi pengundi Cina. 

“Mereka (DAP) ungkitkan sentimen marah pada pihak Warisan,” katanya pada sidang media bersama calon Warisan bagi parlimen Ampang, Bryan Lai.

Apabila ditanya mengapa dia mendakwa gambar tersebut datang dari pihak PH-DAP, bekas presiden MCA itu berkata dia cukup masak dengan permainan politik parti itu. 

"Mustahil (daripada parti lain)… daripada dulu sampai sekarang tetap percaturan dan ia disasarkan kepada masyarakat pengundi kaum Cina dan kami tahu juga kaum cina memang ada suka dukanya.

“Jadi kenapa nak takut-takutkan pengundi Cina dengan saranan sedemikian rupa,” soalnya. 

Selain gambar tersebut, Ong turut merujuk kepada satu hantaran Facebook yang dikatakan penyokong tegar DAP, dengan nama ‘Superman Hew Kuan Yau Fans Page’ menuduh Warisan cuba memecah undi di Semenanjung. 

“Ini juga berlaku di kalangan masyarakat Cina sekarang ni, tohmahan pihak PH melalui DAP telahpun menuduh pihak parti Warisan memecahkan undi sokongan mereka,” dakwanya lagi.

Katanya, gimik tersebut makin menjadi-jadi sejak dirinya bertanding di parlimen Pandan. 

“Ini juga saya buat analisis serba sedikit tentang PH khasnya, gimik PH di kawasan parlimen Pandan sekarang.

"Saya dapati bahawa sejak saya masuk bertanding di Pandan, sambutan di kalangan masyarakat setempat baik orang Cina atau bukan orang Cina, nak kata sangat rancak saya tak berani nak cakap. 

“Tapi sambutan mereka amat memberangsangkan,” kata Ong mendakwa kemungkinan perkara ini menjadi faktor yang mendorong tohmahan sedemikian dibuat terhadap Warisan.


Sumber I Malaysiakini 




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo