NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS sasar capai kemenangan di 36 kerusi


Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan memberitahu, parti itu menyasarkan kemenangan di sekurang-kurangnya 36 daripada 64 kerusi parlimen kali ini.

Menurutnya keyakinan itu dibuat berdasarkan kepada sokongan kuat yang diterima oleh PN setakat ini.

Pada masa sama calon PN untuk kerusi parlimen Kota Bharu itu juga memberitahu, kedudukan PAS sebagai kerajaan pusat dan negeri memberi sedikit kelebihan kepada mereka berbanding parti lain.

"Dengan sokongan rakyat kepada PN selain berpuas hati melihat proses berkempen sekali gus memberi keyakinan bahawa PAS boleh memenangi lebih daripada 18 kerusi yang disandang ketika ini.

"Dulu kita (PAS), hanyalah sebagai pembangkang yang hanya berpengaruh besar di Kelantan saja, namun kini sokongan dilihat lebih luas melalui gabungan PN," katanya ketika ditemui di Pasir Mas petang tadi.

Takiyuddin berkata demikian selepas melawat persiapan akhir pengoperasian solar Danau Tok Uban.

Menurut Takiyuddin keyakinan itu dibuat berdasarkan sokongan kuat yang diperoleh Perikatan Nasional (PN).

Selain itu Takiyuddin berkata, kedudukannya sebahagian daripada kerajaan juga memberi sedikit kelebihan kepada PAS.

Pada PRU yang lalu, PAS meletakkan calon di lebih 150 kerusi parlimen. Daripada jumlah itu mereka berjaya memenangi 18 daripadanya.

Sementara itu mengulas mengenai kedudukan calon PN Tumpat, Mumtaz Mat Nawi, yang masih lagi memegang jawatan bergaji sebagai exco kerajaan Kelantan, Takiyuddin mendakwa ia tidak menimbulkan masalah kerana pencalonannya diterima pegawai pengurus pilihan raya.

"Saya sendiri masih memegang jawatan dalam KeTSA (Kementerian Tenaga dan Sumber Asli) dan nasihat perundangan menunjukan pemegang jawatan seperti kami layak untuk bertanding dalam PRU," katanya lagi.


Sumber I Malaysiakini 



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo