NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Beri peluang PN perintah 1 penggal, kata Hadi

Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional Abdul Hadi Awang berkata gabungan itu perlu diberi peluang mentadbir negara.

KUALA LUMPUR: Beri peluang Perikatan Nasional (PN) mentadbir Malaysia selama satu penggal pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) untuk dinilai, kata Timbalan Pengerusinya, Abdul Hadi Awang.

Hadi yang juga presiden PAS berkata, PN perlu diberi peluang demi masa depan yang baharu bagi Malaysia kerana rekod prestasi gabungan parti itu bersih daripada sebarang salah laku.

Beliau turut memberi contoh sepanjang PAS mentadbir kerajaan Kelantan, Terengganu dan Kedah, negeri itu terbukti bebas daripada sebarang salah laku termasuk kes rasuah.

“Beri peluang kepada kami (Perikatan Nasional) satu penggal untuk mentadbir dan memerintah negara. Lihat apa kami buat dahulu dan kalau tidak betul, tolaklah kami dalam PRU16.

“Bukan payah (susah) sangat. Kami tiada rekod menipu rakyat,” katanya pada majlis santai petang bersama calon PN Parlimen Titiwangsa Dr Rosni Adam di Desa Pandan.

Pada PRU15, Parlimen Titiwangsa mempunyai seramai 80,747 pengundi berdaftar yang layak.


Sumber I FMT Malaysia 



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo