NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

MIC nafi tawar RM10 juta kepada Prabakaran


KUALA LUMPUR:
MIC membuat satu laporan polis berhubung kenyataan dibuat penyandang Parlimen Batu, Prabakaran Parameswaran yang mendakwa ditawarkan RM10 juta untuk melompat parti.

Difahamkan, kenyataan itu dibuat Prabakaran dalam satu ceramah baru-baru ini sebelum ia tular selepas satu video berdurasi 35 saat terbabit dimuat naik menerusi aplikasi TikTok menerusi akaun @keadilancabangbatu.

Pengerusi MIC Wilayah Persekutuan, Datuk S Rajah ketika ditemui menafikan dakwaan terbabit dan menyifatkan kenyataan itu sebagai langkah terdesak untuk meraih undi.

"Saya nak bagi tahu memang tiada mana-mana individu tawarkan RM10juta kepada dia, tak masuk akal, itu adalah fitnah.

"Dia macam dah tiada 'modal' dan dia cerita dia dapat tawaran daripada MIC, ini adalah fitnah yang tidak bagus," katanya ketika ditemui selepas selesai membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul pada Selasa.

Bagaimanapun, S Rajah menegaskan pihaknya akan bertolak ansur sekiranya Prabakaran menarik balik kenyataan terbabit dan mengemukakan permohonan maaf.

"Kita ada ruang untuk budi bicara, jika dia tarik balik kenyataan dan meminta maaf secara profesional, kita akan tarik balik laporan," tegas beliau.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai ketika ditemui mengesahkan telah menerima laporan dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan. - Sinar Harian

Newsletter Image



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo