NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

GPS nafi pakatan dengan BN


LAWAS:
Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Tan Sri Abang Johari Tun Openg menafikan gabungan itu memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) untuk membentuk Kerajaan Persekutuan baharu.

Tegas Abang Johari, beliau tidak mahu memberi komen berkenaan perkara itu kerana tidak mengetahui tentang pakatan tersebut.

Malah Abang johari serta beberapa pemimpin GPS sebelum ini telah menyatakan pendirian bahawa gabungan empat parti komponen tempatan itu akan bergerak solo dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan hanya akan menentukan kerjasama di peringkat nasional selepas selesai hari pengundian kelak.

“Saya tak tahu yang itu. Saya pun baru baca dan tak tahu. Saya tak mahu beri komen kerana tak ada apa-apa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika disoal pemberita mengenai kenyataan setiausaha UMNO pada Oktober lalu yang menzahirkan keyakinan BN dapat membentuk kerajaan stabil dengan sokongan GPS.

Dalam laporan yang diterbitkan pada 21 Okt lepas, Ahmad juga berkata, perkara itu telah dipersetujui dalam mesyuarat sebelum ini antara kedua-dua pakatan berkenaan.

Ia juga bersandarkan kepada hubungan baik antara BN dengan GPS lebih-lebih lagi apabila BN memutuskan untuk tidak bertanding di kerusi Parlimen Sarawak dalam PRU15.

PRU14 lalu menyaksikan gabungan tersebut memutuskan keluar daripada BN pada Jun 2018 susulan kegagalannya membentuk blok majoriti di dalam parlimen sekali gus menjadi pembangkang buat kali pertama.

GPS ialah gabungan yang terdiri daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) yang merupakan bekas parti komponen BN.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo