NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jangan pasang bendera, kempen di masjid dan surau, kata Ahmad Marzuk


PETALING JAYA:
Parti politik tidak dibenarkan memasang bendera parti termasuk berkempen di masjid dan surau, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Ahmad Marzuk Shaary.

Beliau yang juga calon PAS bagi Parlimen Pengkalan Chepa, berkata ia bagi memastikan institusi itu terpelihara daripada sebarang aktiviti pilihan raya.

“Pihak berkuasa sudah ada garis panduan sendiri dan saya yakin pihak masjid dan surau tidak terbabit dengan aktiviti pemasangan bendera pasti di premis berkenaan.

“Justeru, saya menyeru supaya semua parti berlawan dengan suasana yang harmoni tanpa membabitkan institusi masjid,” lapor Berita Harian.

Mengulas lanjut Ahmad Marzuk, berkata walaupun setiap individu mempunyai hak memilih, namun menyalahgunakan premis untuk tujuan tertentu adalah tidak dibenarkan.

“Untuk mengundi, berkempen atau menyokong mana-mana parti tidak mempunyai masalah, cuma tidak mahu masjid atau surau dijadikan tempat berpolitik,” katanya.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo