NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Keyakinan terhadap kerajaan kunci utama pelaburan masa depan untuk Malaysia

Juwai IQI global chief economist Shan Saeed Photo credit : Juwai IQI global chief economist Shan Saeed

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Asas utama untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang stabil ialah dapat memberikan keyakinan kepada pelabur domestik dan asing, kata ketua ekonomi global Juwai IQI, Shan Saeed.

Beliau berkata ini terbukti apabila jumlah perdagangan Malaysia menyaksikan pertumbuhan dua angka pada September 2022, mengembang sebanyak 31.4 peratus untuk mencecah RM257 bilion.

Eksport pula melonjak 30 peratus kepada RM144.3 bilion tahun ke tahun dan imbangan perdagangan Malaysia terus mencatat lebihan, meningkat 20 peratus kepada RM31.7 bilion.

“Ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan telah dapat mengekalkan kestabilan makroekonomi dan ia telah memberikan pelabur tempatan keyakinan ekonomi,” katanya kepada Bernama.

Menurut beliau, tahun lepas gergasi teknologi Intel Corporation mengumumkan pelaburan besar sebanyak US$7.5 bilion (RM30 bilion) di ASEAN, termasuk Malaysia.

“Ini menghantar isyarat positif bukan sahaja kepada rantau ASEAN tetapi juga pelabur global bahawa Malaysia semakin berkembang," kata Shan.

Bank Negara Malaysia mengumumkan ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 14.2 peratus pada suku ketiga 2022, dipacu oleh pengembangan berterusan dalam permintaan domestik, pemulihan kukuh pasaran pekerja, eksport elektrik dan elektronik (E&E) dan bukan E&E yang teguh serta sokongan dasar yang berterusan.

Melihatkan kepada  pertumbuhan sihat dalam sembilan bulan pertama 2022,  pertumbuhan tahun penuh 2022 dijangka melebihi tujuh peratus yang diunjurkan sebelum ini.

Sementara itu, dalam keadaan global yang begitu mencabar, Shan berkata negara memerlukan pemimpin berkualiti yang berorientasikan tindakan, berpengalaman dan memahami ekonomi.

Bagaimanapun, Malaysia masih mampu mengekalkan dasar ekonominya secara konsisten, yang membawa kepada penggunaan swasta yang lebih kukuh dan pasaran buruh yang bertambah baik.

Beliau menambah sebagai pelabur teknologi hartanah antarabangsa di Malaysia dan percaya kepada pasaran bebas, syarikat itu melihat kerajaan telah menyediakan rangka kerja dasar dan membenarkan sektor swasta menggerakkan ekonomi.

“Pada masa hadapan, kami ingin melihat konsistensi ini berterusan.

“Namun begitu, ini hanya akan berlaku apabila negara diterajui oleh mereka yang berpengalaman yang memahami ekonomi di peringkat makro.

"Untuk mempunyai kestabilan makroekonomi, ia juga bermakna kita perlu mempunyai kestabilan politik, kestabilan ekonomi dan kestabilan kewangan," katanya.

“Justeru, Perdana Menteri sementara atau '’caretaker", Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ialah pilihan yang baik dan kita berharap beliau dapat terus menyampaikan hasil dan memberi impak positif kepada rakyat,” katanya.

Pada 20 Okt 2022, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan hari pengundian untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan diadakan pada 19 Nov, manakala pengundian awal pada 15 Nov.

Kesemua 222 kerusi parlimen akan dipertandingkan.

-- BERNAMA




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo