NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Media diberi kebebasan membuat liputan sepanjang PRU15

Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia yang juga merupakan calon Bebas bagi Kerusi Parlimen Padang Besar dan Kerusi Dewan Undangan Negeri Titi Tinggi, Datuk Zahidi Zainul Abidin

PADANG BESAR, 14 Nov (Bernama) -- Media tempatan diberi kebebasan untuk membuat liputan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tetapi mereka diminta agar hanya melaporkan berita yang benar, kata Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin.

“Kementerian Komunikasi dan Multimedia mengamalkan dasar terbuka sejak dahulu lagi, bukan hanya kepada media yang berkaitan dengan kerajaan, media lain juga diberi kebebasan,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau yang juga merupakan calon Bebas bagi Kerusi Parlimen Padang Besar dan Kerusi Dewan Undangan Negeri Titi Tinggi berkata berita yang dilaporkan oleh media perlu telus dan benar tanpa menyentuh perkara yang berkaitan dengan isu sensitif perkauman yang boleh menimbulkan pergaduhan dalam kalangan masyarakat.

“Media diberi kebebasan, cuma kita minta agar berita yang disiarkan adalah betul dan pasti benar,” katanya.

-- BERNAMA


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo