NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerusi kosong tak bermakna kami kurang sokongan, kata Dr M

Pelancaran Pejuang Sabah pada 4 petang tadi dihadiri kurang 200 orang, walaupun banyak kerusi disediakan.


KOTA KINABALU: Walaupun tidak ramai menghadiri pelancaran Pejuang Sabah di sini, tetapi bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad yakin parti itu mampu memenangi hati rakyat Sabah pada pilihan raya umum ke-15.

“Ia tidak mencerminkan sokongan sebenar untuk parti di sini. Ramai yang sibuk berkempen. Saya tidak bimbang,” katanya.

Kurang 200 orang menghadiri pelancaran Pejuang Sabah pada 4 petang tadi, walaupun banyak kerusi disediakan.

Pengerusi penganjur, Nicholas Sylvester Muhammad mendakwa kebanyakan ahli kumpulan itu sibuk berkempen, oleh itu mereka tidak menghadiri majlis hari ini.

Gerakan Tanah Air (GTA) pimpinan Mahathir meletakkan 116 calon bertanding kerusi Parlimen di seluruh negara, termasuk 14 kerusi di Sabah.

GTA akan bertanding atas tiket Pejuang kerana gabungan itu belum berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan.

Ketibaan Mahathir disambut oleh Ketua Menteri Sabah yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah, Hajiji Noor di lapangan terbang.

Kedua-duanya kemudian mengadakan perbincangan secara tertutup, tetapi Mahathir berkata, topik itu tiada kaitan politik.

“Kami berbincang khasnya mengenai pembangunan di Sabah. Kami tidak bercakap mengenai politik. Tetapi, kita akan lihat selepas pilihan raya,” katanya ketika ditanya mengenai kemungkinan kerjasama antara kedua-dua parti itu.


Sumber I FMT Malaysia 



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo