NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

‘1 undi BN, 1 undi Zahid jadi PM’ hanya propaganda pembangkang - Ismail Sabri

Ismail Sabri Yaakob berkata sehingga kini tiada sebarang perubahan melibatkan calon perdana menteri BN selepas PRU15.

BERA: Dakwaan satu undi kepada Barisan Nasional (BN) bersamaan satu undi untuk Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi menjadi perdana menteri hanyalah persepsi pembangkang dalam tempoh berkempen pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata Ismail Sabri Yaakob.

Perdana menteri sementara dan naib presiden Umno itu menegaskan sehingga kini tiada sebarang perubahan melibatkan calon perdana menteri daripada BN selepas PRU15.

“Saya pun dengar perkara itu, tetapi semalam saya dah perbetulkan persepsi itu…pihak pembangkang hanya nak wujudkan persepsi sedangkan saya (sudah) cakap Majlis Kerja Tertinggi Umno dan Perhimpunan Agung Umno (PAU) sudah putuskan, selagi perkara itu tidak di ‘reversed’ dalam mesyuarat. Keputusan itu kalau nak ubah mesti dalam MT, mesti diubah dalam PAU.”

Beliau berkata demikian selepas program Kenduri Rakyat Bersama Komuniti Bandar Kemayan, di sini, ketika ditanya mengenai dakwaan itu yang dijadikan modal pembangkang di media sosial, tular sejak kebelakangan ini.

Zahid sebelum ini dilaporkan berkata, Ismail kekal dinamakan “poster boy” BN pada PRU15 dan calon perdana menteri, dengan pendirian gabungan berkenaan berhubung perkara itu tidak berubah sekiranya BN menang PRU15.


Sumber I FMT Malaysia 



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo