NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kegiatan seludup ke negara jiran punca bekalan telur ayam kurang - Annuar

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa (dua,kiri) beramah mesra dengan penerima sumbangan ketika hadir menyampaikan sumbangan baik pulih rumah yang musnah akibat dilanda ribut di Kampung Tegayong, Kota Bharu.


KOTA BHARU, 6 Nov (Bernama) -- Kekurangan bekalan telur ayam dalam negara ketika ini adalah berpunca daripada kegiatan penyeludupan ke negara jiran iaitu Thailand, kata Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi Tan Sri Annuar Musa.

Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata kegiatan itu berlaku berikutan harga telur ayam di Thailand lebih mahal berbanding di Malaysia.

"Bekalan telur ayam mengalami kekurangan lebih 100,000 biji sebulan, kita rayu supaya mereka yang terlibat dalam kegiatan ini agar tidak menyeludup ke Thailand.

"Kita tidak dapat tambah bekalan telur ayam dengan kadar segera memandangkan proses ayam gantian untuk menghasilkan telur baharu memerlukan tempoh sehingga empat bulan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada lebih 200 mangsa ribut dekat Kampung Tegayong, Melor, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata isu kekurangan bekalan telur ayam dijangka dapat dipulihkan pada akhir Disember depan.

"Pihak kita pernah mengadakan perbincangan untuk import telur ayam tetapi kita dapati harganya lebih mahal berbanding Malaysia," katanya.

-- BERNAMA



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo