NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

6 cedera, kereta dihempap pokok akibat ribut di KL

Keadaan kereta yang dihempap pokok tumbang di Jalan Mahkota, Taman Maluri petang tadi. (Gambar KLCCC DBKL)

KUALA LUMPUR: Enam individu cedera selepas kenderaan yang dinaiki mereka dihempap pokok tumbang ketika melalui Jalan Mahkota, Taman Maluri di sini, petang tadi.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan 1, Mazuri Mat Zain berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada 4.07 petang tadi dan 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah, Bandar Tun Razak serta Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan dikerahkan untuk memberi bantuan.

Beliau berkata, kejadian itu melibatkan tiga kereta dan sebuah motosikal yang dihempap pokok, susulan hujan lebat dan angin kencang.

“Enam mangsa terbabit terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita serta dua kanak-kanak berusia lingkungan dua hingga 70 tahun yang mengalami trauma dan cedera serta dihantar ke Hospital Ampang untuk rawatan.

“Usaha memotong dan mengalihkan pokok sedang dijalankan bagi membuka laluan terhalang. Operasi turut dibantu Angkatan Pertahanan Awam dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan.


Sumber I FMT Malaysia 



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo