NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kedah tetap tidak Bubar DUN sebelum Mac - MB



ALOR SETAR, 21 Nov (Bernama) -- Kedah kekal dengan pendirian untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum Mac depan walaupun Perikatan Nasional (PN) berada dalam momentum terbaik berbuat demikian selepas memenangi 13 kerusi Parlimen di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata pembubaran DUN Kedah hanya akan dilakukan pada bila-bila masa selepas Mac tahun hadapan.

“Kita tidak mahu buat pilihan raya sekarang kerana banjir dijangka berlaku antara November hingga Mac, jadi selepas bulan Mac nanti, bila-bila sahaja pembubaran DUN boleh dilakukan. Kalau tidak dilakukan dalam tempoh itu, ia akan ‘luruh’ sendiri pada Julai tahun hadapan.

“Kita kena ambil kira semua aspek kerana peralihan monsun, banjir ini berakhir Mac dan selepas itu kita akan berpuasa, sambut Aidilfitri dan Aidiladha pula. Selain itu, saya kena berbincang dengan Kelantan dan Terengganu dahulu, buat sekali barulah ‘syok’ sikit,” katanya kepada pemberita di sini malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada akan membubarkan DUN Kedah berikutan PN dalam momentum yang terbaik selepas memenangi 13 daripada 14 kerusi Parlimen yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya, semalam.

Terdahulu, Muhammad Sanusi yang juga Pengerusi PN Kedah menghadiri Majlis Kesyukuran PN bersama semua Ahli Parlimen PN yang baharu dipilih di Kedah yang turut disertai ribuan penyokong parti itu di Kompleks PAS, Kota Sarang Semut, dekat sini.

-- BERNAMA


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo