NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'Zahid tiada hak putuskan kerjasama BN dengan PH'

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir majlis perjumpaan Ahli Parlimen BN dengan PH pagi ini. NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN

KUALA LUMPUR: Hanya Majlis Tertinggi (MT) Barisan Nasional (BN) boleh membuat keputusan berhubung pembentukan kerajaan campuran antara BN dan Pakatan Harapan (PH).

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan biro politik tidak mempunyai hak untuk memutuskan mengenai perkara itu.

"Presiden tiada hak, biro politik pun tiada hak.

"Hanya MT BN saja boleh membuat keputusan," katanya kepada media, di sini, hari ini.

Beliau bersama beberapa kepimpinan BN dilihat sudah tiba di Hotel Seri Pacific, di sini, dipercayai bagi mengadakan pertemuan dengan wakil Pakatan Harapan (PH) bagi membincangkan mengenai pembentukan kerajaan campuran.

Sehingga kini, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN, sudah tiba di Hotel Seri Pacific bagi tujuan itu.

Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dilihat sudah tiba.

Ketika ditanya mengenai jemputan pertemuan ini, Ismail Sabri berkata, beliau dijemput Setiausaha UMNO Pahang.

"Semua Ahli Parlimen Pahang, dijemput," katanya.


Sumber I BH Online




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo