NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hishammuddin sokong BN jadi pembangkang


KUALA LUMPUR –
Sekiranya masih tiada persefahaman dan kata putus dicapai dalam kerjasama pembentukan Kerajaan Persekutuan, adalah lebih baik Barisan Nasional (BN) menjadi pembangkang.

Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, beliau juga sudah bersedia untuk menjadi pembangkang.

Ahli Parlimen Sembrong itu menambah, apa juga terjadi, beliau tetap setia bersama UMNO selama-lamanya.

Malah, beliau berikrar akan bekerja keras demi memulihkan UMNO dan BN bersama rakan-rakan lain.

Semalam, Hishamuddin menegaskan beliau bersedia berdepan tindakan dipecat daripada parti itu kerana pendiriannya jelas tidak akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH). – MalaysiaGazette




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo