NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tarikh, masa tidak akan dilanjut - Istana


Istana Negara - Tarikh akhir jam 2:00 petang untuk parti politik atau gabungan membuktikan jumlah mereka dan menamakan calon Perdana Menteri tidak akan dilanjutkan lagi.

"Tidak (ia tidak akan dilanjutkan) dan kekal pada pukul 2:00 petang," kata Pegawai Pengawal Keluarga Diraja Ahmad Fadil Shamsuddin kepada Malaysiakini.

Beliau ditanya sama ada tarikh akhir akan ditangguh lagi.

Parti atau gabungan yang mempunyai majoriti sokongan sepatutnya memaklumkan kepada Yang di-Pertuan Agong selewat-lewatnya jam 2:00 petang semalam, tetapi Seri Paduka memberikan tarikh akhir selama 24 jam lagi berikutan permintaan pemimpin parti.

Dengan masa kurang dari satu jam, ia masih belum dapat dilihat gabungan mana yang akan membentuk kerajaan.




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo