NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Giler Kuasa, Jual Melayu, Jual Islam


Surat Ali Imran ayat 54

وَمَكَرُوْا وَمَكَرَ اللّٰهُ ۗوَاللّٰهُ خَيْرُ الْمٰكِرِيْنَ ࣖ
Mereka (orang-orang kafir) membuat tipu daya dan Allah pun membalas tipu daya (mereka). Allah sebaik-baik pembalas tipu daya. (QS. Ali Imran: 54)

1. Alhamdulillah sebelum 2 petang semalam PERIKATAN NASIONAL telah hantar bilangan SD lebih dari cukup untuk membentuk kerajaan ke Istana Negara. InsyaAllah petang ini akan ada pengumuman baik dari Istana Negara.

2. PH + #klustermahkamah Umno tidak ada bilangan cukup minta YDPA masa sehingga 2 petang ini. Tapi malangnya dengan kegelojohan Anwar dan Zahid berdakap dan membentuk kerajaan khianat Melayu di Perak telah menyebabkan SD sokongan membentuk kerajaan bertambah lewat petang semalam.

3. Allah Maha Baik susun sangat cantik, penafian termasuk dengan bersumpah atas nama Allah semalam terserlah kemunafikan mereka. Rundingan Anwar - Zahid benar wujud, rakaman suara betul, Zahid dan Najib sign surat ke istana sokong Anwar PM betul, Zahid desak ahli parlimen Umno sign SD sokong Anwar PM betul, Zahid paksa semua MP Bn sign SD syarat dapat watikah betul. Ini semua konspirasi cikgu - anak murid tipu penyokong sendiri dan tipu rakyat Malaysia.

3. Tawaran Anwar kes Zahid gugur , tawaran Zahid Anwar jadi PM itu bukan rahsia. Maka benar Apa yg saya sebut jugalah bila disebut undi Ph untuk bebaskan kluster mahkamah. Benarlah Zahid akan jadikan Undi Bn untuk Anwar PM.

4. Kemuncak semalam pembentukan kerajaan Perak. Kita tahu PH-DAP rancang hendak jadikan Perak sebagai Penang 2.0. Perak ada 59 DUN. PN menang 26 dengan semua adun Melayu Islam. PH-DAP menang 24 kerusi dengan 20 bukan bukan Melayu Islam. Bn hanya dapat 9 kerusi. PN ajak Bn berunding bentuk kerajaan teras bumiputera, namun ketua Umno tak mahu sebaliknya gelojoh bentuk kerajaan dengan Ph - DAp dengan alasan "saya bodoh jika tidak terima jawatan menteri besar".

5. Ini buktikan isu Melayu dan rakyat hanya slogan mereka menipu dan mendapat kuasa. Bila ada peluang berkuasa mereka gadai Melayu. Bukan rahsia Faizal Azumu singkirkan dAp dari kerajaan lepas kerana bila dap majoriti dalam kerajaan hendak jadikan dia mB boneka dengan desak dan asak perbagai perkara termasuk milikan tanah kampung baru 999 tahun. Faizal ketika itu ambil Umno dari pembangkang untuk bentuk kerajaan dominan bumiputera. Malangnya demi kuasa Umno berpakat dengan dAp jatuhkan Faizal. sharani ketua Umno nafikan berpakat dengan dap jatuhkan Faizal namun akhirnya semalam terbukti demi kuasa mereka sanggup sekongkol.

6. Masyarakat cina dan bukan Melayu perlu sedar DAp hanya pasal kuasa. Dap konon nak masukkan #klustermahkamah ke penjara namun sanggup sama berpeluk dengan Zahid di Pwtc asal dapat kuasa. Dap kali kedua jadikan Umno Mb Perak. Kita bercakap kerajaan dominan bumiputera yang melindungi hak semua termasuk bukan Melayu. Dap tiup api chauvanist anti Melayu untuk dapat undi cina tapi akhirnya mereka kianat berpeluk dengan perompak Melayu demi kuasa.

6. Alhamdulillah Allah Maha mengetahui, jalan sukar membentuk kerajaan selepas PRU 15 disusun olehNya untuk menunjukkan pada semua betapa munafiknya mereka. Rafizi yang berjanji kononya akan menentang kerjasama dengan zahid semalam bergelak ketawa di PWTC. Majlis Anwar DAP dipeluk oleh umno semalam buktikan semuanya.....

Mereka semua ditipu oleh cikgu - anak murid yang sampai hari ini tak cukup bilangan. InsyaAllah petang ini khabar baik dari Istana.

Alhamdulillah.. Allah maha baik...

Che'GuBard Original



Sebelum ini, sebelum UMNO buat kerja jahat


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

( Hide )

© all rights reserved
made with by templateszoo