NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Enggan mohon maaf, Sanusi mahu jumpa Anwar di mahkamah berkait dakwaan ‘perwatakan tidak bermoral’


ALOR SETAR:
Pengarah Pilihan Raya PAS Sanusi Md Nor berkata beliau tidak akan memohon maaf kepada Anwar Ibrahim kerana didakwa membayangkan presiden PKR itu berperwatakan tidak bermoral.

“Saya tidak mahu (meminta maaf), saya ingin jumpa (beliau) di mahkamah,” kata Sanusi pada ceramah malam tadi, kepada laungan “takbir” daripada orang ramai.

“Saya tidak menuduhnya. Saya cuma komen mengenai apa yang berlaku (kes mahkamah). Semua orang tahu (mengenainya),” katanya yang merujuk sabitan kes liwat pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu.

Anwar menerima pengampunan diraja penuh oleh Yang di-Pertuan Agong pada 16 Jun 2018 bagi tiga sabitan terhadapnya – iaitu satu tuduhan salah guna kuasa dan dua tuduhan liwat – atas alasan berlakunya “salah laksana keadilan”.

Semalam, Anwar menghantar surat tuntutan kepada pemimpin PAS itu supaya segera menarik balik ucapan yang disifatkannya berunsur fitnah.

Sanusi dikatakan telah membuat kenyataan itu pada satu ceramah menyokong calon Perikatan Nasional (PN) yang juga bekas Ahli Parlimen Tambun Ahmad Faizal Azumu, menurut surat tuntutan itu.

Bagaimanapun, di ceramah untuk calon PN Ahmad Tarmizi Sulaiman di Sik malam tadi, Sanusi berkata beliau belum menerima surat tuntutan daripada peguam Anwar, SN Nair.

Menteri besar Kedah itu mengulangi kenyataannya bahawa hanya lelaki boleh menjadi Ahli Parlimen Sik.

“Kedua-dua calon wanita (dari BN dan PH) tidak boleh (jadi Ahli Parlimen Sik). Sik memerlukan calon lelaki. Anda ada Ustaz Tarmizi di sini, pilih dia,” katanya.

Sanusi baru-baru ini dikritik oleh pelbagai pemimpin berhubung kenyataannya mengenai calon wanita terutamanya daripada calon PH di Sik, Latipah Md Yatim, dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo