NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dr M akui GTA kurang dapat sambutan di beberapa kawasan


SHAH ALAM:
Dr Mahathir Mohamad mengakui Gerakan Tanah Air (GTA) kurang mendapat sambutan di beberapa kawasan ditandinginya kerana ramai pengundi masih kurang jelas dengan gabungan itu.

“GTA akan berusaha menjelaskan kepada pengundi tentang gerakan kami, tentu ada kawasan yang kurang baik (kurang mendapat sambutan), itu kita sedang usahakan supaya mereka faham apa itu GTA dan manfaat yang mereka akan peroleh kalau undi GTA,” katanya pengerusi gabungan itu.

Bercakap kepada pemberita selepas Sesi Tinjauan Mesra bersama calon GTA-Pejuang iaitu Mohd Rafique Rashid di Pasar Malam Seksyen 24 di sini hari ini, Mahathir bagaimanapun tidak menyatakan kawasan yang dimaksudkan.

Mengenai Rafique yang akan bertanding di Parlimen Shah Alam, beliau yakin dengan kemampuan calon GTA itu.

“Di Selangor peluang GTA baik, banyak tempat sambutannya agak baik kalau kita melawat, tapi kita tidak ada banyak sepanduk dan bendera sebab kita tidak ada duit,” katanya.

Mengenai kawasan yang boleh dimenangi GTA, Mahathir menjawab: “Banyak tempat kita boleh menang…Langkawi, tempat lama saya Kubang Pasu, (tempat) Amirudin (Hamzah) sekarang dan Jerlun tempat Mukhriz (Mahathir).”

Beliau berkata, GTA akan mengumumkan manifestonya esok.

GTA dianggotai Pejuang, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) dan Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman) serta gabungan badan bukan kerajaan yang membentuk Gagasan Bangsa (GB).

Pada PRU15, calon GTA bertanding menggunakan logo Pejuang, kecuali di Kelantan menggunakan logo Putra.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo