NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

SPR larang bawa telefon bimbit di bilik pengundian


Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) akhirnya melarang pengundi membawa telefon bimbit ke bilik pengundian.

Perkara itu dijelaskan melalui poster yang memaparkan 10 langkah yang perlu dilakukan ketika hari pengundian.

Langkah keenam menyatakan pengundi perlu menyerahkan telefon bimbit kepada Ketua Tempat Mengundi (KTM).

“Pengundi perlu bergerak ke meja Ketua Tempat Mengundi untuk meninggalkan telefon bimbit,” jelas SPR menerusi poster yang dimuat naik di Facebook.

Langkah ini perlu dibuat sebelum pengundi pergi ke petak undi bagi menanda calon pilihan masing-masing pada ruang kosong bersebelahan nama dan simbol calon pada kertas undi dengan menggunakan pen.

Pengundi boleh mengambil semula telefon bimbit masing-masing setelah memasukan kertas undi ke dalam peti undi yang tepat.

Sebelum ini, Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA) Dr Mahathir Mohamad menggesa SPR mengenakan larangan membawa telefon bimbit ke dalam bilik mengundi.

Menurutnya, pembawaan telefon bimbit semasa mengundi boleh menidakkan rahsia pengundi dan mendorong parti menggunakan maklumat untuk sogokan.

Sementara itu, Pengerusi Bersih Thomas Fann mengalu-alukan langkah yang diambil SPR.

“Kami gembira kerana SPR telah mengambil tindakan ini untuk melarang penggunaan telefon bimbit ketika mengundi, kerana mereka yang ‘membeli’ undi memerlukan mereka yang ‘menjual’ undi mengambil gambar undi selepas memangkah sebagai bukti.

"Selain itu, adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 3 Akta Kesalahan Pilihan Raya untuk menunjukkan undi anda yang ditanda kerana undi adalah rahsia. Anda boleh dipenjara sehingga 2 tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali," katanya



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo